29 Dis 2014

TUDUNG FAREEDA TERBARU

TUDUNG FAREEDA TERBARU

Berita baik buat peminat tudung di Malaysia! Jenama Fareeda adalah jenama tudung terkenal dan menjadi kegilaan ramai wanita di Malaysia.

Dengan pelbagai corak dan reka bentuk, tudung Fareeda menjadi kegemaran semua wanita pelbagai peringkat umur.

Freeda..Nyata Jelita adalah trademark untuk tudung ini.

Walaupun harga tudung Fareeda terbaru sedikit mahal berbanding harga tudung Fareeda keluaran lama, ini tidak menghalang minat bagi peminat setia tudung Fareeda. Jika dilihat setiap kali pelancaran tudung terbaru Fareeda ramai peminatnya mula beratur panjang di Butik Fareeda semata-mata untuk menjadi orang yang terawal memiliki tudung.






Lagi gambar tudung Fareeda KLIK SINI


25 Sep 2014

PERAGUT DISEMBELIH TANPA BELAS KASIHAN

PERAGUT DISEMBELIH TANPA BELAS KASIHAN

~ Gambar sekadar hiasan ~
PERAGUT DISEMBELIH TANPA BELAS KASIHAN.
Sungguh Tragis sekali..... MENGERIKAN!!!!

Nasib malang yang menimpa dua peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung Hotel Mania, Zimbabwe. Menurut saksi, Zlatan ( bukan nama asal ) 68, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu tapi sempat dihalang oleh jirannya.

Namun ketika peragut itu ditangkap pihak saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang yg berharga yg didapati pada peragut itu. Salah seorang penduduk tempatan yang juga imam dan ketua kampung di situ pula berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini. Kaki-kaki peragut itu diikat!!!

Dengan Takbir, dia telah menyembelih dua peragut tersebut tanpa rasa belas kasihan. Darah menyembur keluar, orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu, kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing & seekor lembu yang meragut rumput disembelih sempena Hari Raya Korban yang bakal kunjung tiba nanti ....


Kejadian ini diadaptasi dari sebuah novel yang berjudul " Maaf 200% " dan tiada kaitan samada yang hidup mahupun mati... Sekian dari saya... SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

LUAHAN HATI NORFARHAN SELEPAS DIKRITIK

LUAHAN HATI NORFARHAN SELEPAS DIKRITIK


Perlawanan tempoh hari yang menyaksikan antara Malaysia bawah 23 tahun  menentang pasukan Arab Saudi pada acara Sukan Asia Incheon 2014. Pada perlawanan itu pasukan negara tewas 3 - 0 kepada Arab Saudi dalam saingan peringakat kumpulan dimana Malaysia gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Akibat kekalahan itu, Datuk Zolkples Embong mengkritik aksi yang dipamerkan oleh Norfarhan Muhammad yang mengatakan beliau seolah-oleh penumpang sahaja dalam pasukan negara.

Bagaimanapun, Norfarhan Muhammad membidas kritikan itu di laman sosial Facebook. Norfarhan memberitahu dia terpaksa untuk mengikut taktikal dan strategi yang dirancang.

~ JKB blogspot .com ~

KICAP GUNA BOTOL ARAK ?

Kicap Guna Botol Arak ?

Botol arak dikitar semula dan dijadikan botol untuk meletakkan kicap...?

Gambar kicap jenama Sofia yang menggunakan botol arak itu mulai tersebar khususnya dilaman sosial. Kicap jenama Sofia itu dikeluarkan khas buat warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM ).

Gambar itu tersebar menerusi applikasi Whatsapp, yang menunjukkan botol kicap khas jenama sofia itu menggunakan botol kitar semula daripada arak jenama terkemuka iaitu Carlsberg.

Jika perkara ini benar, rata-rata pengguna pasti meluahkan rasa kecewa dan marah kerana pengilang langsung tidak menjaga aspek halal dalam pemprosesan pengeluaran kicap berkenaan.

Diharap pengeluar produk janganlah ambil leka dalam bab halal dan haram ini, apatah lagi dalam pemakanan.

CRISTIANO RONALDO BAKAL BERPINDAH DARI REAL MADRID

CRISTIANO RONALDO BAKAL BERPINDAH DARI REAL MADRID

UPDATE SUKAN :

Pengurusan tertinggi Real Madrid dikhabarkan sudah mencapai kata sepakat melepaskan bintang sensasi, Cristiano Ronaldo pada pintu jendela perpindahan pemain musim panas tahun hadapan.

Kelab England, Manchester United antara yang serius untuk membawa pulang Ronaldo dan keinginan itu mendapat sambutan positif daripada pihak Los Blancos.

Sebelum ini, El Confidencial melaporkan, Presiden Real Madrid, Florentino Perez belum sedia menjual pemain antarabangsa Portugal itu dan menganggapnya antara pemain terpenting kelab itu.

Malah, Ronaldo sempat melontarkan kritikan berkaitan perbelanjaan kelab yang berlebihan oleh pengurusan, tetapi menegaskan hubungan mereka masih berjalan dalam suasana harmoni.

Bagaimanapun, laporan yang sama turut mendedahkan bahawa pihak Madrid percaya sekarang waktu terbaik untuk melepaskan Ronaldo kerana Los Blancos kini sedang dijerat dengan hutang yang jumlahnya mencapai RM2.5 bilion.

Musim lalu, Ronaldo merupakan nadi utama di sebalik kejayaan Madrid merangkul gelaran Liga Juara-Juara dan Piala Raja Sepanyol.

~ JKB Blogspot ~

24 Sep 2014

CIUM PISANG DAPAT TURUNKAN BERAT BADAN ?

Cium Pisang Dapat Turunkan Berat Badan ?


Haha... betol ke.. cium pisang dapat turunkan berat badan..? Errr..?

Ini adalah menurut laman web seriousfacts.com yang mengatakan cium pisang akan turun berat badan yang dibuat kajiannya oleh Smell and Taste Treament and Research Foaundation. Hasil kajian itu mengatakan bau buah pisang dan juga epal hijau menjadi aroma dimana dapat membantu menurunkan berat badan dan turut mengurangkan rasa lapar pada seseorang itu.

Dengan maanfaat mencium pisang itu, tubuh akan menjadi langsing dikalangan kebanyakkan wanita .

Kalau anda percaya cubalah buat...  huhuhu...

PERLAWANAN PERSAHABATAN TERENGGANU VS MALAYSIA ( HARIMAU MALAYA )

PERLAWANAN PERSAHABATAN TERENGGANU VS MALAYSIA (HARIMAU MALAYA)


Pada malam ini ( 24/9/2014 ) akan diadakan satu perlawanan persahabatan antara Pasukan Negara iaitu Harimau Malaya menentang Terengganu FA. Perlawanan ini adalah perlawanan amal bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Badan-badan Kebajikan.

Dana diperolehi melalui penjualan tiket perlawanan itu yang telah dijual pada jam 10 pagi tadi, Rabu (24 September 2014) di perkarangan Stadium SINS , Terengganu.

Perlawanan itu akan bermula pada jam 8.45 malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah (SINS ) Kuala Terengganu.

 HARGA TIKET ADALAH SEPERTI BERIKUT :

Tiket Berbumbung: RM30
Tiket Terbuka: RM10
(SEMUA PAS MASUK TIDAK DIBENARKAN)

Pada perlawanan ini juga adalah bertujuan menguji para pemain-pemain Harimau Malaya bagi membuat penilaian prestasi setiap pemain untuk dipilih dalam senarai 22 pemain mewakili negara.

Sebelum ini pasukan Terengganu FA telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan Pahang bagi membuat persediaan untuk menghadapi saingan suku akhir Piala Malaysia 2014 pada awal Oktober ini. Bagaimanapun Terengganu telah tewas pada aksi perlawanan itu dengan keputusan 2 - 1.

* Untuk makluman, tiada live diadakan.
_______________________________________________________________________________

Baiklah tamat sudah perlawanan Terengganu lawan Malaysia pada aksi perlawanan persahabatan dan amal sebentar tadi. Berikut adalah keputusannya :

Full Time : Terengganu FA 3 - 4 Malaysia

M32' Shafiq Rahim
M35' Azmi Muslim
M38' Ismail Faruqi (P)
M43' Ashari Samsuddin
M46' Faiz Subri
M54' Badri Razi
M59' Abdul Manaf

# Abdul Manaf (pemain Malaysia & Terengganu ) berjaya menyelamatkan maruah pasukan Malaysia daripada diragut oleh Terengganu.

Video Highlight Perlawanan



JKB.blogspot.com