Buat Duit Dengan Blog



Pandangan negatif mengenai blog:
Macam mana dapat duit tu? Dari mana duit tu?
Siapa yang nak bagi duit? Takkan tulis blog pun dapat duit.
Tulis blog ni program cepat kaya. Klik je dapat duit.
Siapa yang bodoh sangat nak bagi duit tu?
Bagaimanakah duit dapat terhasil dari blog? Aku tak berapa yakin lah
.
Jawapan positif mengenai blog:
Jawapanya cukup mudah. Anda bayangkan penulis blog ni sebagai TV. Tiap kali anda tengok cerita best dekat TV mesti geram bila tengah best layan cerita ada iklan. Lama pulak tu.5 minit sekali iklan.


Ok…. Anda suka tengok TV kan?



Ramai tak makhluk kat Malaysia ni tengok TV? Mesti ramai kan? Jadi bila ramai tengok TV banyak lah syarikat perniagaan yang nak buat iklan. Lepas tu dia pun buat iklan. Bayar dekat siaran televisyen seperti TV3, ASTRO, RTM, TV9, 8TV, dan sebagainya.



Semakin ramai orang tengok iklan semakin terkenal dan laris sesuatu produk yang diiklankan. Betul kan?



Sama je dengan blog ni. Semakin ramai orang tengok blog kita dan semakin ramai orang klik dekat iklan seperti nuffnang yang ada dalam blog ni semakin banyak lah dapat duit


Jadi, buang lah pandangan negatif anda mengenai blog. Jangan sesedap mulut je kata penulis blog makan duit haram.



Segala pertanyaan pasal blog boleh di buat dengan komen entri ni. Komen je dekat bawah tu.



Senarai syarikat yang bagi duit kepada blogger:
Nuffnang
Google
Clicksor
Advertlets
Bidclix
Dan banyak lagi
Yang benar,
Ammar Yasir

{ 9 comments.. read them below or add one }

fazye fazye 14 Disember 2010 1:29 PG
ish ! ada ke patut kata makan duit haram ... orang2 yg cakap macam tu sbnarnya buta It .. kalu tak tau tak yah la komen kan ..? tanya la sebelum cakap cam tu ....
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Disember 2010 5:25 PG
Memang tak patut pun.... cakap ikut sedap mulut je tanpa kaji dulu.... buta IT...betul..... saya sokong
lalink7 lalink7 14 Disember 2010 8:29 PG
bekenan kete idaman yg kaler merah kat atas tuee..hehehehe

takleh berpisah dr nuffnang walaupun belum di cash out lagi..haihh..bile nak kaya ntah..hehehe
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Disember 2010 8:39 PG
hahaha.... bilalah dapat beli kete idaman tu.... nuffnang... tolong!!!!!hahahaha
Hariz Hariz 15 Disember 2010 5:19 PG
saya belom mampu menjana duit dengan blog :(

http://profhariz.com
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 15 Disember 2010 11:22 PG
@Hariz: Takpe... usaha tangga kejayaan... teruskan usaha anda tulis blog... lepas ni dapat lah duit dari nuffnang.
jijie junsu jijie junsu 9 Jun 2011 4:52 PTG
camne ye nak wat duit ngan nuffnang?haiyok..tolong ajar saya..:((