Datukku Telah Tiada Lagi

Gambar datukku semasa di ICU HSNZ



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.



Pagi ini aku telah dikejutkan dengan berita kematian datuk kesayanganku. Perasaan sedih dan pilu menyelubungi seluruh keluargaku. Dia telah pergi buat selama-lamanya. Tiada lagi belaian kasih sayang seorang datuk yang tegas dan sangat baik. Seorang yang banyak berjasa kepadaku selama ini telah meninggalkanku. Atuk.... Ammar sangat sayang atuk. Sampai bila-bila Ammar tak akan lupakan segala jasa baik atuk.



Setelah 4 bulan terlantar di hospital akibat kemalangan jalanraya, hari ini telah dikejutkan dengan berita kematian datukku. Sangat sedih kerana selama ini aku berharap dan sentiasa berdoa supaya atuk cepat sembuh. Tapi apakah dayaku, Tuhan lebih sayangkannya. Dia sudah pergi untuk selama-lamanya.



Salam terakhir.
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Ammar berharap kepada semua pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada atuk Ammar. Moga-moga dia pergi dengan tenang dan tenteram.

{ 13 comments.. read them below or add one }

Aimifiqa Aimifiqa 29 Disember 2010 8:30 PG
takziah. mge roh arwah ditempatkan bsama dgn org yg beriman. Al-Fatihah.
iqbalhakimi iqbalhakimi 29 Disember 2010 8:44 PG
salam takziah mar..

al-fatihah
MiSzy DiaN MiSzy DiaN 29 Disember 2010 9:45 PG
salam takziah yaa..

al-fatihah..
dyba gula-gula dyba gula-gula 29 Disember 2010 12:48 PTG
sabar ea amar...

salam takziah..alfatihah~
apih el nino apih el nino 29 Disember 2010 3:23 PTG
Sabar ye. Semoga roh arwah ditempatkan dengan orang beriman. Al Fatihah...
fadhdeela fadhdeela 29 Disember 2010 4:36 PTG
Al-Fatihah...
Takziah wat kamu..sabo okk!! Doakan semoga ditempatkan dengan org2 beriman..amin!
mySheiRa mySheiRa 29 Disember 2010 6:22 PTG
salam takziah dr dak ganu ..
tabah yew...
al-fatihah ..