19 Dis 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sumber Manusia


Baru-baru ini Ammar ada membaca satu artikel luahan hati seorang guru terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia. Seorang guru Geografi yang mendapat tawaran sebagai pensyarah di sebuah Universiti tetapi Kementerian Pelajaran Malaysia menolak permohonannya untuk meletak jawatan sebagai seorang guru atas alasan opsyen Geografi merupakan subjek kritikal.



Persoalan disini adakah wajar tindakan KPM itu menolak permohonan guru itu meletak jawatan sebagai guru sedangkan jawatan sebagai penyarah juga merupakan bidang pendidikan. Selain itu guru itu tidak terikat dengan sebarang kontrak ataupun perjanjian dengan KPM.



Memandangkan taraf hidup rakyat di Malaysia ini semakin meningkat berikutan kenaikan harga petrol, gula, minyak dan sebagainya langkah yang sebaiknya meningkatkan lagi pencapaian hidup. Adakah wajar tindakan seorang guru yang mahu menjadi pensyarah ini disekat? Bolehkah anda hidup pada takuk lama jika keadaan ekonomi yang semakin berkembang?



Tindakan KPM itu bagi Ammar satu tindakan yang tidak adil terhadap guru kerana menyekat hak individu untuk maju ke hadapan. Jika dibandingkan gaji seorang guru dengan seorang pensyarah sangat jauh perbezaannya. Jika KPM tidak mahu melepaskan guru itu sepatutnya gaji guru perlu di naikkan kerana guru itu berpengalaman.



Diharapkan KPM mengambil perhatian segera mengenai masalah ini. Kerjasama dan jasa baik dari KPM amat diperlukan bagi melahirkan pendidik yang berkualiti dimasa ini dan masa hadapan.



Luahan hati seorang guru.

Tiada ulasan: