26 Dis 2010

Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Pertama Piala Suzuki AFF


Tahniah diucapkan kepada pemain bolasepak Malaysia kerana telah berjaya mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF. 3-0 merupakan kemenangan yang cukup besar dan bermakna buat rakyat Malaysia keseluruhannya. Kemenangan di luar jangkaan kerana sebelum ini rata-rata rakyat Malaysia menganggap Malaysia menang 2-0 ke atas Indonesia.



Pada permulaan perlawanan corak permainan dilihat seimbang dengan serangan balas antara kedua-dua pasukan. Pada minit ke 53 insiden pancaran laser ke muka penjaga gol Indonesia iaitu Markus menyebabkan perlawanan diberhentikan selama 5 minit. Situasi itu amat merisaukan ramai penyokong kerana kemungkinan perlawanan akan dibatalkan. Bagaimanapun situasi itu dapat dikawal dan perlawanan disambung semula.



Pada minit ke 60, Indonesia dikejutkan oleh Malaysia apabila gawangnya dirobek oleh pemain Malaysia iaitu Mohd Safee Sali. Indonesia dilihat semakin tertekan dengan asakan bertubi-tubi oleh pemain Malaysia.



Minit ke 67 sekali lagi pasukan Malaysia berjaya menjaringkan gol. Gol cantik dari Mohd Ashari Shamsuddin itu sangat bermakna kerana mampu melegakan kegelisahan penyokong Malaysia kerana Indonesia dilihat semakin mengasak Malaysia selepas gol pertama.



Pada minit ke 71, sekali lagi Mohd Safee Sali menjaringkan gol dengan tandukan kencang menerjah gawang pasukan Indonesia. Gol ini merupakan gol yang terbaik dalam perlawanan ini kerana penjaga gol Indonesia langsung tidak dapat membuat apa-apa dan hanya melihat bola itu menerjah gawangnya. Kedudukan Malaysia sangat selesa ketika ini dan tambahan masa 8 minit langsung tidak mampu untuk Indonesia menjaringkan gol.



Pertahanan yang kukuh dari pasukan Malaysia akhirnya telah berjaya menundukkan pasukan Indonesia dan keputusan penuh Malaysia 3 Indonesia 0. Tahniah kepada pasukan Malaysia. Semoga perlawanan akhir kedua Piala Suzuki pada 29/12/2010 Malaysia menang dan seterusnya membawa pulang Piala Suzuki AFF. Malaysia boleh!!!!!!!



2 ulasan:

Tok Esah berkata...

salam ammar,

esok join kan gathering,
jom bace entry KHAS tok yer..

AMMAR YASIR berkata...

W'salam tok... ok tok.... terima kasih