Kereta Termahal Dan Terpantas Di Dunia

Bugatti Veyron merupakan kereta yang terpantas dan termahal didunia. Kelajuannya mencapai 407.9 km/jam. Sangat laju bukan? ish..ish...ish.. nk pergi mana laju-laju ni. Nanti kalau accident terus mati...hahahaha.


Kereta keluaran Bugatti Automobiles SAS ini menjadi kegilaan ramai terutama golongan kaya seperti raja, ahli perniagaan, ahli politik dan ahli sukan. Anda tahu siapa ahli sukan yang tergilakan kereta ini? Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak termahal didunia Cristiano Ronaldo.


Antara warna merah dengan biru yang mana lagi lawar? Pening memikirkannya.... merah atau biru? merah atau biru? ai Ammar.... apa yang merepek ni.Bukan mampu pun beli kereta ni. Mahal tu.... Berapa harga kereta ni? USD 1.5 juta bersamaan RM5 juta.... wah...wah....wah.... mahalnya... Tak jadi lah nak beli.

Jom klik lagi,
Kereta Bugatti ini menggunakan enjin jenis W16 8.0 liter dengan dilengkapi 4 set turbo. Dibina hanya sekitar 300 buah di dunia ni.


Ferrari kereta idamanku. Walaupun engkau tidak semahal dan selaju bugatti kau tetap menjadi idaman hatiku selamanya. Cewah!! dengan kereta pun nak jiwang jugak....hahahaha Ammar Ammar.


Kalau tak dapat kereta yang atas tu pun yang bawah ni jadi lah.... Perhatian!!! Ada sesiapa yang bermurah hati nak bagi kereta dekat saya sila tinggalkan komen anda dibawah.

Iklan yang sia-sia.Mana ada orang yang sanggup bagi hadiah kereta ferrari dekat kamu Ammar. So teruskan usahamu kumpul duit beli kereta idaman hati ini...


1 comment... add one now

matdin matdin 12 Februari 2011 12:08 PTG
kalau tak silap kereta ni yang kedua terpantas hehe.. ada lagi satu yang paling pantas kereta SSC Ultimate Aero hehe..

jemput2 sini yer hehe..

Blog Matdin