Mari Belajar Cara Buat Blueberry Cheesecake Dari Ammar



Biasanya kalau nak makan kek ni kena pergi kat kedai kek kan? Contohnya macam Secret Recipe dan sewaktu dengannya. Tapi kali ni anda semua boleh buat sendiri je kat rumah. Caranya cukup mudah. Anda pergi beli je bahan-bahan nak buat kek ni lepas tu buat sendiri je kat rumah.


Blueberry Cheesecake adalah antara kek-kek yang paling senang dan simple untuk dibuat. Rasanya pun best sehingga menjilat jari. Jom follow langkah-langkah nak buat kek ni.


Bahan-bahan:

= 500 gram keju
= 1 bungkus biskut marie
= 250 gram butter
= Blueberry
= 2 biji telur
= 3/4 cawan gula
= 1 tudung esen vanila


Cara-cara membuat:

1. Hancurkan biskut marie tadi sehingga menjadi debu.

2. Panaskan periuk dan masukkan butter, selepas butter cair masukkan biskut marie tadi dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam bekas pembakar kek.

4. Masukkan keju, telur, gula dan esen vanila ke dalam bekas berasingan dan kisar sehingga sebati. Selepas siap masukkan bahan tadi ke dalam bekas pembakar kek. Bahan tadi perlu diletakkan di atas biskut marie tadi dan bakar.

5. Selepas masak letak blueberry tadi kat atas kek(topping).


Senang je kan? Cubalah dirumah anda. Pasti sedap punya.


{ 18 comments.. read them below or add one }

zarifahmr zarifahmr 17 Disember 2010 11:45 PG
wahhh feveret kot! nak cubaaaa! ;D
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 17 Disember 2010 2:11 PTG
Best ni cubalah.... x menyesal punya
Sophia Rani Sophia Rani 17 Disember 2010 4:35 PTG
nampak cm senang je .. tak complicated... fuhh.. mmg sedap cheesecake2 nih.. :P
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 17 Disember 2010 5:26 PTG
Memang senang pun buat kek ni. cubalah
shigellazoster shigellazoster 18 Disember 2010 12:34 PTG
wah2,, amar wat cik senah terliur la.. huhu....
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 18 Disember 2010 2:33 PTG
E.D.y: bOleh je... silakan follow cara2 nak buat tu
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 18 Disember 2010 2:33 PTG
Cik senah: Nak makan yang free datang lah sini.. hehehe
Ajie Mohd Tahir Ajie Mohd Tahir 18 Disember 2010 4:05 PTG
=='
lapar.
sedapnya.
siapa nak bagi?
hahaha
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 18 Disember 2010 5:17 PTG
Ajie: ambik je yang tu..free je
fadhdeela fadhdeela 19 Disember 2010 2:10 PG
sedapnyer!!! my faberet!..dia lg sedap bile org yg wat kan..hihihi
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 19 Disember 2010 5:31 PG
hahaha... org yg buat? memang lah sedap sebab just makan je...hehehe
cik enon lalalaa cik enon lalalaa 20 Disember 2010 1:06 PG
i'm a big dan of cakes..
tp cheese cake tak leh terima la..
hehehhee
cik enon lalalaa cik enon lalalaa 20 Disember 2010 1:07 PG
ehh typo pulak..
big fan*
neway,i'm new here!
slmt bkenalan!
AnIs dEeB.. AnIs dEeB.. 5 Ogos 2012 6:12 PTG
gne cheese ape yg encik ammar
Tanpa NamaTanpa Nama 2 November 2012 5:13 PTG
berapa darjah celcius?
zuzu'szuzu's 26 April 2013 7:37 PG
ammar sllu xletak berapa suhu dan brapa minit nak bakar .. btw nampak mudah ^_^