Misteri Penjara Pudu Terbongkar


Kisah ini terjadi di penjara Pudu dan baru disebarkan untuk menjadi pengajaran kepada semua orang. Penjara pudu tidak asing lagi sebagai tempat untuk menjalankan hukuman gantung dan sebat kepada pesalah.



Cerita ini bermula dengan kisah seorang pesalah yang akan dikenakan hukuman mati pada waktu subuh pada keesokan harinya. Sebelum hukuman mati dijalankan pesalah ini ditempatkan di sebuah bilik yang dinamakan "bilik terakhir". Biasanya bilik ini untuk pesalah yang akan dihukum mati pada keesokan harinya. Bilik ini sangat gelap tanpa cahaya yang menerangi mahupun lampu.



Ramai warden-warden penjara yang bertugas pada waktu malam mendengar bunyi-bunyi aneh seperti bunyi orang menangis, menjerit dan mengilai. Hal ini demikian kerana pesalah itu menyesal atas perbuatanya yang dilakukan sebelum ini. Selain itu ada juga warden melihat bayangan hitam di dinding bilik terakhir.



Tiada sesiapa yang berani pergi ke bilik itu pada tengah malam sehingga menjelang subuh. Pada suatu hari ada seorang warden telah bertugas berhampiran dengan bilik terakhir itu. Semasa bertugas dia melihat seekor kucing hitam menembusi dinding bilik itu.



Warden itu memberanikan diri masuk ke dalam bilik terakhir dan tiba-tiba bilik itu bertukar menjadi gua. Alangkah terkejutnya warden itu apabila melihat banyaknya harta karun. Tanpa melengah lagi dia terus mengaut harta itu. Selepas itu, kedengaran satu suara berkata "heii manusia harta itu bukan kau yang punya tetapi Ahmad Albab yang punya" Hahahahah....



Macam mana? Seram tak cerita ni?Terima kasih kerana kusyuk membaca.


{ 13 comments.. read them below or add one }

syrupmasin syrupmasin 19 Disember 2010 8:46 PTG
haha..gelak guling-guling bace..
Anisa Hang Tuah Anisa Hang Tuah 19 Disember 2010 8:49 PTG
caiitttt

memula bace dgn dahi berkerut

bila tiba bab yg last kali tu
bab2 harta tuu

ergh

gelak geguling2
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 19 Disember 2010 9:00 PTG
hahahaha.... korang semua dah kena dah.... kesian.
:-P
^mISz MatAHarIEy^ ^mISz MatAHarIEy^ 19 Disember 2010 9:18 PTG
heheheh... sakit pwut than gelak...
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 19 Disember 2010 9:48 PTG
hahaha..... jangan gelak banyak sangat nanti jadi macam pesalah tu....hahahaa
lula lula 19 Disember 2010 10:09 PTG
hahah..bapak laa kusyuk lula bace..dh naek bulu roma!hahah
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 19 Disember 2010 10:21 PTG
hahaha... bila naik bulu roma tiba2 tertukar pulak feel kan?
zarifahmr zarifahmr 19 Disember 2010 10:57 PTG
sengaaaaaal! ammaaaaaar! dush2
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 19 Disember 2010 11:04 PTG
hahaha..... padam muka korang semua. Mesti berkerut muka mula2 baca kan?
nurul ain nurul ain 16 Februari 2011 4:58 PTG
adess...sengal jeh xD tipah tertipu lah jawabnye T__T
beena beena 17 April 2011 11:27 PG
ceh..gatkan betol tadi..haha