15 Dis 2010

Resepi Kek Coklat Lembab


Resepi ni Ammar belajar masa pergi kursus buat kek dan biskut hari tu yang ditaja oleh Kelab Rakan Muda.



Best buat kek.Korang semua mesti belajar ni. Senang je buat kek bukan susah pun.



Sila follow langkah-lagkah dibawah ni.



Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 250 gram tepung gandum
2. 1 sudu baking powder
3. 300 gram gula
4. 250 gram majerin
5. 20 gram sebuk koko
6. 20 gram coklat emalco
7. 1 tudung vanila
8. 200 ml air suam
9. 4 biji telur



Cara membuat:
1. Ayak tepung, baking powder, serbuk koko bersama.
2. Pukul majerin dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur, esen vanila, coklat emalco dan air suam.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi.
5. Bakar pada suhu 180'c selama 40 minit.



Kalau nak letak topping pun boleh. Just guna susu pekat dengan serbuk koko je. Gaulkan bersama sehingga sebati dan letak kat atas kek yang telah siap ni.



Dah siap pun kek ni....



Selamat mencuba resepi dari Ammar ni.




2 ulasan:

Azmira Yusoff berkata...

amar tolong buat dan post lajuu !

sedappppppppppnyeee

AMMAR YASIR berkata...

Hahahaha.... tak boleh pos laju nanti rosak kek tu. Nak makan datang ar sini