Resepi Tart Telur Dari Ammar




Dalam banyak-banyak kuih yang Ammar pandai masak tart telur lah yang Ammar paling suka masak. Nak tahu sebab apa? Sebab nak buat ni cukup mudah dan sedap pulak tu.



Adik Ammar yang kecik tu suka sangat makan tart telur. Kalau balik cuti je mesti dia suruh buat tart telur ni.Abang Ngah buat tart telur!!!!!!



Mak cakap Bukhari tu asyik sebut je pasal tart telur.Mengidam mengalahkan orang mengandung. Nak tak nak kena buat jugak sebab kesian tengok muka manja dia tu.hehehehe.


Ammar pun terpaksalah merajinkan diri ni buat tart telur ni.



Nak tahu resepinya sila follow kat bawah ni.



Bahan-bahan untuk kulit tart:
@ 350 gram tepung gandum
@ 200 gram mentega
@ 1 biji putih telur



Bahan-bahan untuk inti tart:
@ 6 biji kuning telur
@ 1 tin susu cair
@ 3/4 susu pekat



Cara-cara membuat:
1. Masukkan tepung, mentega, putih telur dan gaul sehingga sebati.
2. Campurkan bahan-bahan inti tadi ke dalam bekas berasingan dan kacau sehingga sebati.
3. Kulit tart yang sebati tadi perlu diletakkan di dalam acuan tart dan tuangkan inti tadi.
4. Bakar pada suhu yang sepatutnya.



Selamat mencuba.


{ 9 comments.. read them below or add one }

nora nora 15 Disember 2010 10:10 PG
ko pandai masak...kagum oo
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 15 Disember 2010 11:05 PG
@Nora: Taklah pandai sangat... sikit-sikit boleh lah.
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 15 Disember 2010 11:07 PG
@Heidy Shafiq: Nak makan tart telur free datang lah sini..hehehe
Jiha Jiha 15 Disember 2010 11:14 PTG
wahh nmpk senang ni..meh buat bg kt akak..heee
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 16 Disember 2010 5:01 PG
@Jiha: Memang senang pun. Akak try dulu buat hehehe. Nak makan yang free datang lah kt sini. free of caj
Nava Krishnan Nava Krishnan 15 Mac 2011 11:16 PTG
egg tart is one of the few desserts that I like to eat.
amiechaamiecha 1 Februari 2012 10:21 PG
brape suhu dia n slame bpe lame?
zuzu'szuzu's 26 April 2013 7:33 PG
berapa suhu y sepatutnya tu ammar?? sy suke jugak.. tp xpandai nak buat.. dan teringin mencuba.. it's looks very easy ^_^