30 Dis 2010

AFF SUZUKI CUP 2010 MILIK MALAYSIA


Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia atas kejayaan merangkul gelaran juara Piala Suzuki AFF 2010. Kemenangan ini merupakan kemenangan yang terbesar dan cukup bermakna bagi rakyat Malaysia. Malaysia mula mencipta nama dalam arena bolasepak dan ini merupakan titik permulaan untuk Malaysia terus maju dalam arena bolasepak.



Dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF ini corak permainan Malaysia dilihat kurang menyengat berbanding dengan perlawanan akhir pertama. Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan tidak dapat menjaring sebarang gol. Apabila masuk separuh masa kedua Malaysia berjaya menjaring satu gol pada minit ke-53 melalui jaringan cantik dari Mohd Safee Sali. Jaringan ini merupakan titik kemenangan bagi Malaysia. Indonesia dilihat tertekan setelah gol ini dijaringkan.



Pada akhir permainan Indonesia berjaya menjaringkan 2 gol tetapi tidak memadai untuk mencapai kemenangan. Akhirnya kemenangan menjadi milik Malaysia, Malaysia menang dengan agregat
4-2. Malaysia telah mencipta sejarah baru dalam arena sukan bolasepak. Tahniah kepada pasukan Malaysia.

29 Dis 2010

Datukku Telah Tiada Lagi

Gambar datukku semasa di ICU HSNZ



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.



Pagi ini aku telah dikejutkan dengan berita kematian datuk kesayanganku. Perasaan sedih dan pilu menyelubungi seluruh keluargaku. Dia telah pergi buat selama-lamanya. Tiada lagi belaian kasih sayang seorang datuk yang tegas dan sangat baik. Seorang yang banyak berjasa kepadaku selama ini telah meninggalkanku. Atuk.... Ammar sangat sayang atuk. Sampai bila-bila Ammar tak akan lupakan segala jasa baik atuk.



Setelah 4 bulan terlantar di hospital akibat kemalangan jalanraya, hari ini telah dikejutkan dengan berita kematian datukku. Sangat sedih kerana selama ini aku berharap dan sentiasa berdoa supaya atuk cepat sembuh. Tapi apakah dayaku, Tuhan lebih sayangkannya. Dia sudah pergi untuk selama-lamanya.



Salam terakhir.
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Ammar berharap kepada semua pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada atuk Ammar. Moga-moga dia pergi dengan tenang dan tenteram.

28 Dis 2010

Misteri Tok Esah Terbongkar

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ini.
Firstly Ammar nak ucap terima kasih kepada semua blogger yang join gathering blogger Terengganu semalam. Korang semua memang spoorting lah walaupun first time jumpa. Terima kasih kepada pihak penganjur, Tok Esah, Cik Tom dan Iqbal. Best woo main bowling. Rasa macam sekejap je main dua games. Lain kali kena buat lagi gathering ni. Kasi main 5 games baru gempak..hahahaha..



Sekarang ni Ammar nak cerita pasal misteri Tok Esah. Selepas pergi gathering tu barulah Ammar tahu yang Tok Esah ni sebenarnya lelaki. Apa? Tok Esah lelaki? Malunya...hahahaha.. Memang malu sangat lah semalam sebab sampai je dekat TER tu terus tanya Iqbal mana Cik Tom dan Tok Esah. Time kenal Cik Tom tak terkejut lagi tapi bila kenal Tok Esah tengok-tengok muka lelaki...hahahaha malu malu... Misteri sungguh Tok Esah ni. Mujurlah ada gathering ni, kalau tak misteri Tok Esah ni sampai bila-bila pun tak terbongkar.



Terima kasih sebab tolong bongkarkan misteri Tok Esah ni.... Tok Esah memang gempak lah... Spoorting je. Tapi sorry lah sebab Ammar sampai lewat dan tak sempat nak join sesi ramah mesra tu. Tapi takpe lain kali kita buat lagi gathering ni, buat lagi besar dan gempak gitu. Macam mana? Setuju tak? Buat gathering jemput semua blogger kat Malaysia ni barulah seronok boleh kenal semua blogger. Masa tu kita mintak lah media buat liputan dan boleh promosi blog kita sekali kan?



Tok Esah Tok Esah...... Mujurlah Ammar tak ngorat Tok Esah ni dalam dunia blogger kalau tak mesti malu besar lah sebab ngorat lelaki. Ish ish..... tak mau lah.... tak nak jadi macam saya gay saya ok tu...hahahaha. Buat malu kat kaum lelaki je. Oh tidak!!! Akhirnya Misteri Tok Esah Terbongkar..... Yahoooo!!!!

26 Dis 2010

Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Pertama Piala Suzuki AFF


Tahniah diucapkan kepada pemain bolasepak Malaysia kerana telah berjaya mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF. 3-0 merupakan kemenangan yang cukup besar dan bermakna buat rakyat Malaysia keseluruhannya. Kemenangan di luar jangkaan kerana sebelum ini rata-rata rakyat Malaysia menganggap Malaysia menang 2-0 ke atas Indonesia.



Pada permulaan perlawanan corak permainan dilihat seimbang dengan serangan balas antara kedua-dua pasukan. Pada minit ke 53 insiden pancaran laser ke muka penjaga gol Indonesia iaitu Markus menyebabkan perlawanan diberhentikan selama 5 minit. Situasi itu amat merisaukan ramai penyokong kerana kemungkinan perlawanan akan dibatalkan. Bagaimanapun situasi itu dapat dikawal dan perlawanan disambung semula.



Pada minit ke 60, Indonesia dikejutkan oleh Malaysia apabila gawangnya dirobek oleh pemain Malaysia iaitu Mohd Safee Sali. Indonesia dilihat semakin tertekan dengan asakan bertubi-tubi oleh pemain Malaysia.



Minit ke 67 sekali lagi pasukan Malaysia berjaya menjaringkan gol. Gol cantik dari Mohd Ashari Shamsuddin itu sangat bermakna kerana mampu melegakan kegelisahan penyokong Malaysia kerana Indonesia dilihat semakin mengasak Malaysia selepas gol pertama.



Pada minit ke 71, sekali lagi Mohd Safee Sali menjaringkan gol dengan tandukan kencang menerjah gawang pasukan Indonesia. Gol ini merupakan gol yang terbaik dalam perlawanan ini kerana penjaga gol Indonesia langsung tidak dapat membuat apa-apa dan hanya melihat bola itu menerjah gawangnya. Kedudukan Malaysia sangat selesa ketika ini dan tambahan masa 8 minit langsung tidak mampu untuk Indonesia menjaringkan gol.



Pertahanan yang kukuh dari pasukan Malaysia akhirnya telah berjaya menundukkan pasukan Indonesia dan keputusan penuh Malaysia 3 Indonesia 0. Tahniah kepada pasukan Malaysia. Semoga perlawanan akhir kedua Piala Suzuki pada 29/12/2010 Malaysia menang dan seterusnya membawa pulang Piala Suzuki AFF. Malaysia boleh!!!!!!!



Mutiara Doa



Doa ketika ditimpa bencana

" Ya Allah, demi rahmat-Mu aku memohon, maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau."

" Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong daripada orang yang zalim."



Doa ketika dukacita dan sedih

" Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, terlaksana ke atasku hukuman-Mu dan adil kehakiman-Mu terhadapku, aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diri-Mu atau Engkau turunkan di dalam kitab-Mu, atau Engkau mengajarnya kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikanlah al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."



Doa memudahkan sebarang urusan

" Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."



Doa memohon keampunan Allah

" Ya Allah, kami menzalimi diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya masuklah kami ke dalam golongan mereka yang rugi." (Surah al-A'raf ayat 23).



Doa keluar rumah agar mendapat perlindungan Allah atas harta benda dan keluarga

" Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku menyerah diri kepada Allah, tiada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua."



Doa (selawat) mohon rezeki yang luas dan akhlak yang baik

" Ya Allah, semoga Engkau melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w yang dengannya dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya serta berikanlah keselamatan."


24 Dis 2010

Sajak Aku Masuk Majalah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog Ammar ni. Dalam entri kali ini Ammar nak kongsi dengan anda semua sebuah sajak yang telah ditulis oleh Ammar pada suatu ketika dahulu. Sajak yang sekadar dapat masuk dalam majalah sekolah ini cukup bermakna bagi Ammar. Sajak yang penuh dengan pengertian. Hayatilah sajak ini.



Usaha Terakhir

Dinihari ini
batang pena masih berbicara
bagaikan matahari
tidak pernah jemu
mengorbit bumi.


Bayu berpuput dingin
menusuk deria rasa
aku masih menelaah pelajaran
dalam beribu-ribu godaan.


Usaha terakhir
segunung harapan mengharap kejayaan
detik hari pantas mengejar
fajar STPM bakal menyinsing.


Masa cepat menjadi dewasa
tanda usaha menuju senja
usaha terakhir ini
menuju destinasi
menara gading.


Nukilan,
Ammar Yasir

21 Dis 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Bersyukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya habis juga exam hari ini. Semenjak dua minggu menempuhi final exam hari ni lah hari yang paling bahagia dan tenang kerana tidak lagi memikirkan mengenai exam. Semoga mendapat result yang baik. Amin.



Lepas ni boleh lah aktif blogging. Terima kasih kepada blogger semua yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada Ammar yang masih baru lagi di dunia blogging ni. Harap-harap lepas ni banyak lagi ilmu-ilmu blogging di kongsi oleh rakan-rakan blogger sekalian.



Majulah blogger untuk negara. Caiyok! caiyok!..... Hehehehe

20 Dis 2010

Kenanganku Sebagai Blogger

Assalamualaikum semua kepada pembaca setia blog Ammar ni. Kali ini Ammar masuk lagi segmen yang di buat oleh Ben Ashaari. Bagus segmen ni. Jom kita layan cerita Ammar ni.



1. Tarikh lahir blog ni

Oktober 2008 tetapi selepas lahir je terus mati dan hidup semula secara aktif pada 10 Disember 2010. 10 Disember 2010 merupakan permulaan Ammar sebagai blogger.



2. Punca kelahiran

Puncanya apabila Ammar masuk Tingkatan 6 dulu. Cikgu yang ajar cara buat blog. Ammar pun buat je lah. Masa tu sekadar buat dan tinggal macam tu je. Sekarang ni baru mula mendalami dunia blog setelah banyak membaca mengenai blog dan tengok kejayaan orang buat blog Ammar semakin semangat untuk aktif blogging balik.



3. Orang pertama jadi follower

Nadya E-man dia ni kawan baik Ammar masa dekat sekolah dulu. Masuk Tingkatan 6 sama-sama satu kelas.



4. Entri pertama sebagai blogger

10 Manusia Terkaya Di Dunia 2010 merupakan entri permulaan blog ni.



5. Entri pertama yang mendapat banyak komen




6. Blogger pertama yang Ammar jumpa

Setakat ni tak pernah pun jumpa blogger. Niat di hati kalau boleh nak jumpa semua blogger-blogger ni untuk bertanyakan pendapat dan cadangan selain mengeratkan silaturrahim.



7. Blog yang Ammar minat

Ben Ashaari, Hanis Zalikha, Bujang Susah, Cik Epal, Sandiwara Seorang Insan, Cikgu Fiq, Afiq Bukhari dan banyak lagi.



8. Kenangan manis sebagai seorang blogger

Dapat ramai kawan di dunia blogger ni yang memahami isi hati Ammar. Selain tu Ammar dapat 147 orang follower semenjak menjadi blogger selama 11 hari. Satu kejayaan di luar dugaan sebab mula-mula target Ammar nak dapat 100 follower je sebelum masuk tahun 2011 tetapi sebaliknya. Terima kasih kepada follower yang sudi follow Ammar walaupun blog Ammar ni baru sehari jagung... hehehe.. Bukan setahun jagung ek.



9. Kenangan pahit sebagai blogger

Setakat ini semuanya manis belaka tiada yang pahit. Harap-harap tiada yang pahit.



10. Impian Ammar terhadap blog ini

Semoga blog ini lebih dikenali ramai lagi selepas ni. Bukan untuk mengejar glamor cukuplah sekadar menyampaikan info-info menarik kepada pembaca setia. Selain itu Ammar berharap agar blogger lain dapat menyumbangkan ilmu yang ada kerana Ammar ni baru je hidup di dunia blogger ni dan banyak lagi yang perlu belajar.



Untuk terakhir kali terima kasih kepada Ben Ashaari kerana telah bayak menyumbangkan ilmu blogger kepada Ammar dan tidak lupa juga kepada blogger-blogger lain. Terima kasih semua.

Motosikal Antik Untuk Dijual

Ada sesiapa yang berminat dengan motosikal antik? Kalau berminat sila hubungi Ammar melalui email. Harga permulaan RM1700 tetapi boleh dirunding lagi. Cepat-cepat sebelum terlambat. Susah nak dapat motosikal antik macam ni sekarang. Hanya yang bertuah sahaja yang dapat membeli.



Tolong sebarkan berita ni kepada rakan-rakan yang meminati motosikal antik. Jasa baik anda amat kami hargai. Murah je RM 1700 je. Lupa nak cakap. Kereta yang kat belakang tu bukan untuk dijuah ok. Jangan salah anggap pulak. Hehehehe

Syurga Cinta: 3 Jenis Jodoh


Jodoh terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Jodoh daripada syaitan- sepasang kekasih mengenali antara satu sama lain lalu berpegangan tangan dan melakukan maksiat. Seterusnya wanita itu mengandung anak luar nikah dan barulah berkahwin.



2. Jodoh daripada jin- Seseorang lelaki itu suka akan seseorang perempuan tetapi perempuan itu tidak menyukai lelaki itu. Seterusnya lelaki itu menyihirkan perempuan itu dan mereka berkahwin.



3. Jodoh dari Allah- Seseorang lelaki memandang mata seseorang perempuan dan masing-masing merasakan perasaan cinta sehingga menusuk di kalbu. Seterusnya lelaki itu meminang perempuan itu dan perempuan itu menerima pinangan dan terus mereka berkahwin. Insyaallah akan kekal sehingga akhir hayat dan itu dikatakan "SYURGA CINTA".

19 Dis 2010

Melancong Ke Langkawi


Gambar Makam Mahsuri



WELCOME TO LANGKAWI





Langkawi ialah salah satu tempat perlancongan yang tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia mahupun luar negara. Udaranya yang nyaman, pantainya yang bersih dan pelbagai flora dan fauna dapat mengamik kenangan manis bagi sesiapa yang pergi melancong ke Langkawi. Langkawi juga telah di iktiraf sebagai Geopark. Keadaan bukit bukau yang menghijau dapat menenangkan fikiran. Apa lagi yang menarik mengenai Langkawi? Jom kita tengok gambar kat bawah ni.






Ni merupakan Dataran Lang yang telah dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir. Nampak tak gambar kawan-kawan Ammar kat atas tu?





Hah, ni pulak gambar Ammar masa pergi melawat dekat Makam Mahsuri. Anda kenal Mahsuri? Ala... tak kan tak kenal yang berdarah putih tu. Mahsuri difitnah dan telah dihukum bunuh.





Ada gaya macam pelumba F1 tak? Hehehehe, ni gambar yang ditangkap semasa melawat Galeri Perdana. Apa tu Galeri Perdana? Ala.... dalam tu ada simpan banyak barang-barang Tun Mahathir. Tak kan tak tahu kot.





Setelah mendaki bukit akhirnya sampai jugak ke puncak ni. Syok sangat duduk atas ni, sejuk je. Awan dapat rasa atas kepala ni. Tahukan anda bahwa kereta kabel dekat sini merupakan kereta kabel yang terpanjang dan tertinggi di dunia?





Ni lah kawan-kawan Ammar yang join pergi Langkawi. Semuanya spoorting belaka. Yang duduk kat bawah sebelah kanan tu nama dia Yana, yang tepi tu Sal. Kat atas pulak perempuan yang pakai baju warna hitam tu Fetty dan tepi dia tu Najmi. Yang lelaki sorang tu nama dia Adnan dan yang terakhir Ezzah. Apalah Ammar ni buat sesi berkenalan lah pulak.





Oit Ammar pandang apa kat atas tu? Ada monyet ke? Hah.... yang ni tertinggal sorang tadi sebab dia yang tangkap gambar. Nama dia Nazirul. Nampak macam rockers tak?





Ni gambar masa di Under Water World. Banyak ikan-ikan besar dekat sini. Kan best kalau boleh ambik dan masak. Makan besar lah nampak gayanya. Penguin pun ada jugak dekat sini, comel-comel pulak tu.





Apa macam? Ada gaya model tak? Hahahaha... Ni gambar yang diambil masa pergi shooping sebelum balik.




Dah nak balik dah. Gambar ketika berada di Kuala Perlis. Selamat tinggal Langkawi. Kepada anda yang minat melancong tu pergilah melancong di Langkawi, best...... Kenangan manis di Langkawi tidak akan ku lupakan.

Misteri Penjara Pudu Terbongkar


Kisah ini terjadi di penjara Pudu dan baru disebarkan untuk menjadi pengajaran kepada semua orang. Penjara pudu tidak asing lagi sebagai tempat untuk menjalankan hukuman gantung dan sebat kepada pesalah.



Cerita ini bermula dengan kisah seorang pesalah yang akan dikenakan hukuman mati pada waktu subuh pada keesokan harinya. Sebelum hukuman mati dijalankan pesalah ini ditempatkan di sebuah bilik yang dinamakan "bilik terakhir". Biasanya bilik ini untuk pesalah yang akan dihukum mati pada keesokan harinya. Bilik ini sangat gelap tanpa cahaya yang menerangi mahupun lampu.



Ramai warden-warden penjara yang bertugas pada waktu malam mendengar bunyi-bunyi aneh seperti bunyi orang menangis, menjerit dan mengilai. Hal ini demikian kerana pesalah itu menyesal atas perbuatanya yang dilakukan sebelum ini. Selain itu ada juga warden melihat bayangan hitam di dinding bilik terakhir.



Tiada sesiapa yang berani pergi ke bilik itu pada tengah malam sehingga menjelang subuh. Pada suatu hari ada seorang warden telah bertugas berhampiran dengan bilik terakhir itu. Semasa bertugas dia melihat seekor kucing hitam menembusi dinding bilik itu.



Warden itu memberanikan diri masuk ke dalam bilik terakhir dan tiba-tiba bilik itu bertukar menjadi gua. Alangkah terkejutnya warden itu apabila melihat banyaknya harta karun. Tanpa melengah lagi dia terus mengaut harta itu. Selepas itu, kedengaran satu suara berkata "heii manusia harta itu bukan kau yang punya tetapi Ahmad Albab yang punya" Hahahahah....



Macam mana? Seram tak cerita ni?Terima kasih kerana kusyuk membaca.


Google Images

Hari ni Ammar nak promosikan Google, manalah tahu kot-kot Google baik hati bagi Ammar duit ke.Hehehehe. Ok. Antara enjin carian yang paling Ammar suka adalah Google Chrome. Nak tahu kenapa? Sebab enjin carian ni simple je tak memeningkan kepala dengan banyaknya simbol-simbol macam enjin carian lain.



Aik tisu keluaran Google pun ada ke? Macam miskin sangat lah pulak syarikat Google ni sampaikan tisu pun dia jual. Betul ke tak ni?


Ni satu lagi Google punya produk. Mainan Google. hehehe.. Boleh beli untuk adik-adik ni.


Aik? Bas Google pun ada jugak ke? Best lah Google kalau semua produk dia keluarkan.

Hanis Zalikha Balas Komen Baby 10 Hari?

Mula-mula sekadar komen je dekat blog Hanis Zalikha ni sebab dah tahu dah orang yang glamor macam Hanis ni bukan pandang pun komen baby 10 hari macam Ammar ni. Baru je kenal dunia blog. Tapi terkejut jugak bila Hanis Zalikha yang juga merupakan TOP 6 dalam enjin carian google di Malaysia ni balas komen Ammar tu. Terima kasih Hanis sebab sudi balas komen tu. Bukan senang nak dapat komen daripada orang glamor macam Hanis ni. Siap masuk paper Harian Metro lagi si Hanis ni, mengalahkan Siti Nurhaliza pulak tu. Cayalah Hanis ni.




Ni tajuk post Hanis hari ni




Mula-mula tu try lah komen macam ni.




Tiba-tiba tengok balik dekat post Hanis dia balas komen baby 10 hari ni.



Macam ni lah baru bagus, tak sombong walaupun dah glamor. Sentiasa spoorting dan mesra dengan peminat. Boleh dijadikan contoh yang baik ni. Dahlah lawar comel pulak tu. Betul tak kawan-kawan?


Jom kita tengok gambar Hanis pulak. Cantik tak?









Funny Pictures

Jom kita tengok gambar menarik kat bawah ni.



Aii abang ni kalau ya pun fanatik sangat dengan cinta janganlah sampai buat macam tu sekali.




Tak malu lah mat hitam ni, ada ke patut kencing tengah padang. Tak tahan sangat lah tu.





Hah! Ni kalau anda semua nak tahu Mr Bean masa baby. Masa baby pun dah ada bakat sebagai pelawak.hahaha




Budak zaman sekarang ni kecik-kecik pun dah pandai minum arak, besar nanti tak tahu lah macam mana.




Mana lebih tua, baby tu atau ayah dia? Nampak macam baby je lebih tua dari ayah.




Korang ni nak main bola ke nak main gusti? Kalau nak main gusti pergilah masuk WWF ke WWE ke.Tak payah lah main tengah-tengah padang macam ni.




Amboi rileksnya cik abang ni tengah jaga gol sempat lagi baca majalah. Fanatik sangat kat majalah ni. Ada cerita best ke? Kongsi lah sikit.




Kecil-kecil cili padi. Ingat saya tak pandai main bola ke? Kecik jangan dipandang kecik, kecik saya kecik cili padi.





Luasnya mulut dia ni dahlah tak ada gigi.




Apalah Ronaldo ni buat aksi macam ni. Kalau ya pun nak kentut tu janganlah tunjuk sangat buat muka selamba dah lah.

Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sumber Manusia


Baru-baru ini Ammar ada membaca satu artikel luahan hati seorang guru terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia. Seorang guru Geografi yang mendapat tawaran sebagai pensyarah di sebuah Universiti tetapi Kementerian Pelajaran Malaysia menolak permohonannya untuk meletak jawatan sebagai seorang guru atas alasan opsyen Geografi merupakan subjek kritikal.



Persoalan disini adakah wajar tindakan KPM itu menolak permohonan guru itu meletak jawatan sebagai guru sedangkan jawatan sebagai penyarah juga merupakan bidang pendidikan. Selain itu guru itu tidak terikat dengan sebarang kontrak ataupun perjanjian dengan KPM.



Memandangkan taraf hidup rakyat di Malaysia ini semakin meningkat berikutan kenaikan harga petrol, gula, minyak dan sebagainya langkah yang sebaiknya meningkatkan lagi pencapaian hidup. Adakah wajar tindakan seorang guru yang mahu menjadi pensyarah ini disekat? Bolehkah anda hidup pada takuk lama jika keadaan ekonomi yang semakin berkembang?



Tindakan KPM itu bagi Ammar satu tindakan yang tidak adil terhadap guru kerana menyekat hak individu untuk maju ke hadapan. Jika dibandingkan gaji seorang guru dengan seorang pensyarah sangat jauh perbezaannya. Jika KPM tidak mahu melepaskan guru itu sepatutnya gaji guru perlu di naikkan kerana guru itu berpengalaman.



Diharapkan KPM mengambil perhatian segera mengenai masalah ini. Kerjasama dan jasa baik dari KPM amat diperlukan bagi melahirkan pendidik yang berkualiti dimasa ini dan masa hadapan.



Luahan hati seorang guru.

18 Dis 2010

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Buat Pengumuman


Pengumuman penting kepada pelajar lepasan SPM dan STPM. Borang permohonan ONLINE ke IPTA untuk lepasan SPM telah dibuka sekarang.


Manakala Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Kategori Matrikulasi/Asasi) Fasa 1 Sesi Akademik 2011/2012 akan dibuka pada:
=13 Disember 2010 sehingga 13 Januari 2011.


Bagi Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Ijazah Pertama) akan dibuka pada:
=10 Januari 2011 sehingga 4 April 2011


Pengumuman ini penting kepada pelajar lepasan SPM dan STPM. Sila ambil perhatian untuk mengelakkan anda TIDAK dapat memasuki IPTA.


Kepada kakak-kakak dan abang-abang yang baca pengumuman ni tolong bagitahu kat adik anda yep.


Sekian Terima Kasih

Jom Belajar Loghat Terengganu


Siapa-siapa yang luar dari Terengganu yang tak pandai "speaking" Terengganu jom belajar cara cakap Terengganu. Loghat ni sangat unik. Kalau tak pernah dengar mesti pelik je kan? Betul tak kawan-kawan?


Best kalau pandai cakap banyak loghat, baru tak susah nak berkomunikasi dengan orang dari negeri-negeri lain. Kat bawah ni Ammar ada buat kamus dwibahasa untuk anda semua. Kepada yang sudi belajar sila baca kamus ni.


Kerah ketong=sangat keras

Masang rebang=sangat masam

Manis leteng=sangat manis

Berat nanang=sangat berat

Basoh jeruk=sangat basah

Kering garing=sangat kering

Bronok=sejenis kuih yang diperbuat daripada sagu

Panjang jengong=sangat panjang

Pendek ketok=terlalu pendek

Meroh merang=merah terang

Putih leput=sangat putih

Senyum sokmo=sentiasa senyum

Kecek tuwet=sangat kecil

Bapok gong=sangat besar

Besor jalor=dewasa

Samah= 50 sen

Tiga amah=RM 1.50

Masang chetung=bermuka masam

Amacam?Berbelit tak lidah korang?Hahaha..... Selamat belajar "speaking" Terengganu.

17 Dis 2010

Mari Belajar Cara Buat Blueberry Cheesecake Dari Ammar



Biasanya kalau nak makan kek ni kena pergi kat kedai kek kan? Contohnya macam Secret Recipe dan sewaktu dengannya. Tapi kali ni anda semua boleh buat sendiri je kat rumah. Caranya cukup mudah. Anda pergi beli je bahan-bahan nak buat kek ni lepas tu buat sendiri je kat rumah.


Blueberry Cheesecake adalah antara kek-kek yang paling senang dan simple untuk dibuat. Rasanya pun best sehingga menjilat jari. Jom follow langkah-langkah nak buat kek ni.


Bahan-bahan:

= 500 gram keju
= 1 bungkus biskut marie
= 250 gram butter
= Blueberry
= 2 biji telur
= 3/4 cawan gula
= 1 tudung esen vanila


Cara-cara membuat:

1. Hancurkan biskut marie tadi sehingga menjadi debu.

2. Panaskan periuk dan masukkan butter, selepas butter cair masukkan biskut marie tadi dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam bekas pembakar kek.

4. Masukkan keju, telur, gula dan esen vanila ke dalam bekas berasingan dan kisar sehingga sebati. Selepas siap masukkan bahan tadi ke dalam bekas pembakar kek. Bahan tadi perlu diletakkan di atas biskut marie tadi dan bakar.

5. Selepas masak letak blueberry tadi kat atas kek(topping).


Senang je kan? Cubalah dirumah anda. Pasti sedap punya.


16 Dis 2010

Budak Hingusan Dapat Kawan Baru


Alhamdulillah semenjak seminggu Ammar menjadi blogger Ammar telah berjaya mendapat 23 follower yang sudi follow budak hingusan dalam dunia blogger ini. Satu kejayaan yang cukup bermakna bagi budak baru belajar ni. Sasaran sebelum masuk tahun baru 2011 mendapat 100 orang follower Insyaallah akan tercapai.

Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi follow blog yang tak seberapa ini. Sokongan daripada ahli-ahli blogger dapat meningkatkan lagi semangat Ammar untuk terus menjadi blogger yang lebih maju lagi pada masa hadapan. Terima kasih juga kepada blogger-blogger yang senior seperti Ben Ashaari, Hanis Zalikha, Cik Epal, Red Mummy, Amirul Arif, Cikgu Fiq, dan ramai lagi yang telah banyak menyumbangakan ilmu blogger kepada budak hingusan ini. Semoga Allah memberkati kamu semua.

Tidak lupa juga kepada seluruh blogger yang ada di dunia blogger ni. Tanpa kamu semua siapalah diriku ini. Blog adalah satu dunia baru yang paling bermakna dalam hidup Ammar. Blog telah mengajar Ammar erti kehidupan sebenar. Menjadi fikiran lebih matang dan membina jati diri sebenar. Banyak info-info berguna yang dapat dikongsi dan diketahui dalam dunia blog ni.

Sebelum lupa, terima kasih kepada Kak Yana yang telah mengajar Ammar mengenai selok belok blog ni. Jasamu dikenang selalu. Semoga dia cepat kawin dengan budak encemnya.

Akhir kata, majulah blog untuk negara dan selamat buat duit dengan blog.

BEN ASHAARI BLOGGER IKHLAS


Selama seminggu Ammar mula aktif menulis blog ni Ammar rasa antara blogger-blogger yang paling ikhlas dalam penulisannya adalah Ben Ashaari. Walaupun dia ni penulis blog yang glamor tapi dia tidak sombong dan langsung tidak menganggap dirinya glamor. Sentiasa merendah diri dan suka menolong orang. Setiap penulisannya sangat ikhlas. Setiap entri yang disampaikan sangat berguna dan berinfomasi.



Idea yang disampai sangat bernas dan sentiasa memberi semangat kepada para blogger. Yang Ammar paling suka sekali ialah cara penyampaiannya dalam tulisan. Cara penyampainya menunjukkan bahawa dia ni seorang yang sentiasa fokus dalam kehidupannya. Mempunyai fokus dalaman yang tinggi seperti seorang usahawan.



Mungkin hanya 1 dalam seribu je ada orang macam Ben Ashaari ni. Dia ni seorang yang boleh dijadikan pemimpin kerana sifat "mesra rakyatnya" yang tinggi.



Luahan ikhlas dari Ammar blogger baru belajar.

15 Dis 2010

Peristiwa Ajaib Yang Mengubah Dunia


PARA PEMIMPIN YANG MENINGGALKAN SOLAT
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya, yang bersumber dari Syadad Bin Aus, dari Nabi SAW; bahawa Baginda pernah bersabda:

"Akan datang sesudahku para pemimpin yang meninggalkan solat pada waktunya. Akan tetapi, hendaklah kamu melaksanankan solat tepat pada waktunya, dan jadikanlah solat kamu bersama sebagai solat sunat."


KELUARNYA API DARI BUMI HIJAZ
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Sahihnya, yang bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu'Anhu; bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak akan terjadi kiamat, sebelum keluarnya api dari bumi Hijaz, hingga sampai menerangi leher-leher unta di Basrah."


SERBUAN MUSUH ISLAM TERHADAP KAUM MUSLIMIN
Diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya, yang bersumberkan dari Tsauban, ia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda:

"Hampir sahaja bangsa-bangsa lain akan datang merebutkan kamu, laksana hidangan yang diserbu pada nampannya. Lalu ada sahabat yang bertanya: Tergolong sedikitkah jumlah kami saat itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bahkan saat itu kamu sangat banyak, akan tetapi laksana buih yang dibawa arus. Sungguh Allah akan mencabut dari dari dalam dada musuh-musuh Islam rasa segan kepada kamu, dan sungguh Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu wahan. Ada sahabat yang bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apa itu wahan? Baginda menjawab: Cinta dunia dan benci kematian."


LAHIRNYA PARA PEMIMPIN YANG FASIK
Diriwayatkan oleh Imam At-Tabrani di dalam kitab Mu'jam Al-Kabir, yany bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, dimana ia berkata; Rasulullah bersabda:

"Kelak pada akhir zaman akan ada pemimpin-pemimpin yang aniaya, menteri-menteri yang fasik, hakim-hakim yang curang dan ulama-ulama yang pendusta. Barangsiapa di antara kamu nanti sempat menemui zaman ini, maka hendaklah ia tidak menjadi pegawai pajak, kakitangan kerajaan dan anggota polis untuk membantu keburukan yang telah mereka lakukan."


TANAH ARAB AKAN MENGHIJAU DAN DIALIRI SUNGAI-SUNGAI
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya, yang bersumber dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, ia berkata; bersabda Rasulullah SAW:

"Tidak terjadi kiamat, sebelum jazirah Arab kembali menjadi padang rumput dan dialiri oleh sungai-sungai."



ZAMAN DIMANA HALAL DAN HARAM DIANGGAP SAMA
Diriwayatkan oleh Imam An-Nasa'i di dalam Sunannya, yang bersumber dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu. ia berkata; telah bersabda Rasulullah SAW:

"Akan datang kepada manusia suatu masa, dimana kala itu seseorang tidak lagi memperdulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram."

Segmen Jom Kita Berkenalan

Bila mula buat blog?
Oktober 2008. Tapi Disember 2010 baru aktif tulis blog.



Jumlah follower sekarang?
12 orang je.



Berapa trafik harian?
Sikit je. Boleh kira dengan jari. 10 orang kot.



Sehari berapa entri?
Mungkin 2 entri je.



Blog best yang suka dibaca?
Ben Ashaari