10 Langkah Memulakan Perniagaan


1. Menyediakan satu rancangan perniagaan bertulis
- rancangan perniagaan haruslah mengandungi matlamat syarikat, strategi pemasaran, pelan kewangan, sumber modal dan lain-lain.



2. Berunding dengan pakar runding perniagaan
- pakar runding seperti peguam, akautan, pegawai bank dan syarikat insurans.



3. Buat keputusan tentang bentuk organisasi
- contohnya perkongsian, syarikat berhad atau milikan tunggal


4. Menentukan jenis bantuan kewangan
- sebagai contoh simpanan peribadi, pinjaman rakan, pinjaman bank, institusi kerajaan atau swasta.



5. Memilih lokasi
- lokasi perlulah strategik dan dekat dengan pelanggan.



6. Melahirkan idea perniagaan
- boleh didapati melalui citarasa pelanggan, produk sedia ada, syarikat sedia ada serta penyelidikan dan pembangunan.



7. Pendaftaran
- pendaftaran dengan pihak berkuasa serta mendapat lesen perniagaan.



8. Menyertai kursus perniagaan dan keusahawanan
- contohnya Program Pembangunan Usahawan yang disediakan oleh agensi MARA.



9. Menyediakan tenaga kerja
- pengrekrutan pekerja bersesuaian dengan bidang tugas dan memastikan bilangan pekerja mencukupi.



10. Teknologi
- penggunaan teknologi canggih memudahkan pengendalian operasi perniagaan
- internet sebagai sumber promosi perniagaan.


2 comments.. read them below or add one

YanaMIB YanaMIB 7 Januari 2011 9:01 PG
wah amar ada bisnes online kah? hehe~

nice sharing dik! ^_^
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 7 Januari 2011 9:14 PG
Tak ada lagi tapi dalam proses untuk buat bisnes online ni. Tengah cari idea perniagaan dan produk apa yang paling sesuai. Kalau boleh nak buat perniagaan yang orang tak buat lagi. Kak Yana ada cadangan tak? Kalau ada tolonglah kongsi-kongsi.