15 Jan 2011

Ben Ashaari ! Masihkah Kau Ingat





Sejak menjadi blogger selama sebulan lima hari ini banyak suka duka yang dilalui oleh Ammar. Suka sangat bila dapat kenal ramai kawan di dunia blogger ni sebab semuanya sangat memahami, tidak kedekut ilmu, suka tolong blogger baru, mudah mesra dan banyak lagi lah yang baik-baik pasal blogger.



Tipulah kalau semenjak blogging ni Ammar tak ada saat duka. Ada jugak saat duka. Duka bila ada kawan-kawan di alam nyata ni sering memandang serong dengan usaha Ammar buat blog ni. Dia cakap "buat blog setakat dapat duit 20 sen je aku pun boleh bagi'. Dan ada juga cakap "buat blog makan duit haram". Dan apa yang paling pedih kawan baik sendiri yang tak sokong dengan Ammar buat blog ni. Sentiasa mengejek Ammar. Tapi tu semua langsung tidak mematahkan semangat Ammar untuk terus blogging.



Mungkin dia semua tak yakin dengan blog dapat buat duit. Tidak mengapa, suatu hari nanti Ammar akan buktikan dengan mereka bahawa dengan blogging dapat menghasilkan duit. Masa tu mungkin dia akan percaya bahawa blog ni memang memberi manfaat.



Setiap hari traffik blog ni ada turun naiknya. Pembaca blog ni datang dan pergi dan ada juga yang pergi tak datang-datang dah. Tapi itu sudah menjadi lumrah buat blog. Pandai tarik perhatian pelawat ramailah yang datang kan?



Blogger pertama yang meninggalkan komen ialah YanaMIB yang comel-comel tu. Setakat buat blog ni tak pernah lagi ada orang yang kutuk atau keji entri Ammar buat dan berharap tak akan ada lah sampai bila-bila. Inspirasi utama untuk bangkit bila dapat kutukan dari kawan-kawan di alam nyata ialah blog BEN ASHAARI. Kat blog tu banyak kata-kata semangat yang dapat menaikkan semangat Ammar. Orang yang sering memotivasiakan Ammar dalam dunia blogging ni ialah En Ben Ashaari. Terima kasih sebab selalu bagi motivasi kepada blogger-blogger.



Nasihat kepada blogger baru supaya jangan cepat putus asa dalam menulis blog dan ingat jangan niat menulis blog ini sekadar untuk dapat duit. Kita mesti ikhlas dalam menulis barulah ada kualiti penulisan tu.



Blog yang baru follow hari ni ialah blog ni www.iedaluvsham.com .Blog ni di follow sebab blog ni menarik dan cantik. Tuan punya blog pun cantik.Hehehe... Just kidding.... Tapi tuan blog ni dah berpunya dah.

Nak join klik sini

10 ulasan:

arep_lockermonth berkata...

hye!arep pon dah joined!hehe :P

AMMAR YASIR berkata...

Hye.... Hehehehe.... kita join ramai-ramai ek

Syafiq Rosli berkata...

all da best

sayangku berkata...

sggh terjah kt sini dr blog abg ben :)

http://sayangku-lover.blogspot.com/2011/01/ben-ashaari-masihkah-kau-ingat.html

AMMAR YASIR berkata...

Syafiq: Terima kasih bro

AMMAR YASIR berkata...

Sayangku: Terima kasih sudi datang

FaKArePa!n berkata...

singgah dari segmen ben ashaari.. eheh

AMMAR YASIR berkata...

FaKArePa!n: Terima kasih sudi datang sini

nur berkata...

jangan patah semnangat... berblogging untuk kepuasan sendiri

Jemput keALL IN ONE

Matika berkata...

hai salam perkenalan dari mamat..
huhu...kita sama2 dah join segmen abg ben..he3
follow mamat ok.