Budak Hingusan Dapat Buffered Earnings Pertama

Alhamdulillah setelah sebulan dua hari Ammar menjadi blogger akhirnya hari ni dapat jugak BE(Buffered Earnings) dari Nuffnang. Terima kasih Nuffnang kerana memberi kepercayaan kepada Ammar untuk meletakkan BE di blog Ammar yang tak seberapa ni. Akhirnya usaha selama ini berbaloi. Terima kasih kepada semua yang sudi datang melawat blog Ammar dan tidak lupa kepada rakan-rakan blogger yang telah banyak memberi tip-tip untuk mendapat BE.



Dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada sifu Ammar iaitu Ben Ashaari kerana selama ini telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada blogger-blogger baru seperti Ammar ni. Tidak lupa juga kepada Hanis Zalikha, Cik Epal, Irine Nadia Marcello, Cikgu Fiq, Afiq Bukhari dan blogger-blogger lain.



Kepada yang belum dapat BE tu senang je nak dapat. Antara cara Ammar buat untuk dapat BE adalah pastikan traffik setiap hari 100 atau lebih, rajin update blog, selalu hantar soalan atau cadangan kepada Nuffnang dan yang paling penting sentiasa update survey di akaun Nuffnang. Senang je kan? Tapi yang penting jangan cepat putus asa. Usah mesti berterusan dan bersungguh-sungguh.



Mungkin orang bertanya-tanya macam mana nak dapat traffik tinggi kan? Yang paling penting sekali tajuk entri tu mesti mantap. Jangan sesekali buat tajuk yang dah biasa orang buat dan pastikan tajuk tu gempak macam entri ni. Dengan entri ni Ammar telah berjaya menarik traffik yang tinggi. Tapi ingat, jangan lupa letak tanda soal sebab bahaya buat entri macam tu kalau tiada tanda soal takut-takut anda akan didakwa keran mengeluarkan fakta yang salah.



Kepada semua blogger jangan cepat putus asa dan teruskan penulisan anda semoga menjadi blogger yang berjaya suatu hari nanti. Percaya pada diri yang anda boleh menjadi lebih baik dari orang lain. Ok.. All the best semua blogger.

{ 8 comments.. read them below or add one }

YanaMIB YanaMIB 12 Januari 2011 1:46 PTG
wah tahniah..nnt lanje akak KFC eh..weee~ =P
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 12 Januari 2011 1:58 PTG
Terima kasih akak... Boleh je.. jangan lupa bagi hadiah pen kat Ammar ek...hehehe
Nisa Adnan Nisa Adnan 12 Januari 2011 2:36 PTG
bessttt nye. sy still waiting la;(
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 12 Januari 2011 2:38 PTG
Nisa: Takpe... usaha lagi ek...pasti dapat punya.. yakin pada diri ek.
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 12 Januari 2011 2:39 PTG
O'gosh: Thanks... boleh je... Kfc?
Putri_Aizat Putri_Aizat 12 Januari 2011 8:18 PTG
wah bestnyer...baru sebulan berbloging dah dapat be...best tul lah...
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 12 Januari 2011 8:49 PTG
Putri_Aizat: Memang best pun bila dapt BE. Putri_Aizat pun boleh dapat jugak kalau rajin update blog n ikut tips untuk dapat BE