Cara Berkesan Untuk Menarik Traffik Ke Blog Anda

Perkara yang pertama untuk menarik traffik ke blog anda adalah tajuk. Tajuk mestilah gempak contohnya macam entri ni. Tapi pastikan kalau tajuk gempak sangat macam ni kena letak tanda soal. Takut-takut anda akan didakwa kerana mengeluarkan fakta yang salah.



Perkara kedua adalah gambar. Setiap entri yang ditulis haruslah disertakan dengan gambar. Gambar yang menarik dapat menarik minat pembaca. Entri tak best pun dapat tarik pembaca kalau gambar tu menarik perhatian.



Seterusnya adalah intro atau pendahuluan entri mesti mantap. Buat ayat yang dapat menarik perhatian pembaca. Nak tahu sebab apa? Sebab bila orang yang follow blog anda buka dashboard dia mesti terpampang intro anda tu. Betul tak?



Selain itu anda juga boleh promosikan blog di facebook, friendster, twitter dan sebagainya.



Buat contest yang menarik. Contohnya contest menang duit RM300, dapat komputer percuma, handphone percuma. Nak lebih menarik lagi buat contest dengan memenangi percutian ke luar negara atau tiket kapal terbang percuma. Kalau mampu lah. Kalau tak mampu buat contest menang topup je.



Langkah berikutnya anda mestilah rajin jalan-jalan kat blog orang lain. Takkan kita nak orang datang rumah kita je. Betul tak? Lepas tu tinggalkan jejak seperti komen entri orang ataupun taip di shoutmix.



Jangan sesekali buat entri yang sama dengan orang lain. Sebagai contoh macam malam ni lah. Ramai yang buat entri pasal AJL. Tak bosan ke baca berita yang sama? Mesti bosan kan? Jadi elakkan buat entri yang sama. Pembaca akan jemu bila baca entri yang sama je.



Bina personaliti anda. Anda mesti mempunyai cara penulisan yang berbeza dengan orang lain. Ingat! Jangan jadi orang lain. Anda perlu menjadi diri anda sendiri. Yakin dengan kebolehan diri.



Elakkan entri yang terlalu berserabut. Setiap ayat mestilah dijarakkan. Elakkan menulis entri seperti karangan. Penggunaan ayat yang senang untuk difahami juga perlu.



Belajar dan terus belajar. Jangan anggap anda sudah cukup mahir dalam selok belok blog ni. Anda perlu sentiasa belajar dengan otai-otai blog dan jangan sombong. Cari seberapa banyak ilmu yang dapat diambil untuk memantapkan lagi blog.

{ 11 comments.. read them below or add one }

AMMAR YASIR AMMAR YASIR 10 Januari 2011 12:30 PG
Betul betul betul...hehehe. Thanks sebab melawat blog ni
||aLeaSaRa|| ||aLeaSaRa|| 10 Januari 2011 1:09 PG
slm sggh!gd mng!bc je n3 ni kat dashboard trs terjah sini.kite pun br blogging tak sampai 2 bln,byk kena bljr.tq 4 the nice info ye
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 10 Januari 2011 2:18 PG
AMMAR pun baru je sebulan jadi blogger ni..hehehe... hari ni cukup sebulan sebagai blogger
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 10 Januari 2011 11:27 PG
Terima kasih sebab singgah sini
Suhaziyan Sukimi Suhaziyan Sukimi 20 Januari 2011 3:38 PTG
sya pn baru sgt berblogging..ilmu psl blog sgt sedikit...thks amar sbb bg info brguna..nice blog
LiLohOnEy LiLohOnEy 26 Februari 2011 10:57 PTG
yeahh~

betol tu ammar.

stuju sgt :)
Rina AVAIL a.k.a cik betty Rina AVAIL a.k.a cik betty 14 Mac 2011 12:45 PG
baru sebulan blogging dah ramai follower..hebatlah awak..nice tips..berguna utk org yg baru mcm sy..
Cebisan Cebisan 18 November 2011 11:30 PG
Tips yang sangat berguna. Thk u ^,