19 Jan 2011

Jangan Guna My Live Signature Itu Produk Israel





Tadi Ammar masuk forum siber dan lepas tu ada sorang akak tu dia jemput pergi tengok entri terbaru dia dan Ammar pun pergilah. Buka je terus terkejut tengok tajuk pasal Mylivesignature ni. Baru Ammar tahu rupa-rupanya tu adalah produk Israel. Tak percaya? Tengok sini. Tengok blog orang lain ada tandatangan Ammar teringin jugak nak buat sebab lawar tapi mujurlah tak sempat nak buat sebab dah tahu info ni.



Kepada blogger-blogger yang guna atau nak guna produk Israel tu Ammar harap janganlah guna produk tu kalau anda semua ada perikemanusiaan tehadap rakyat Palestine. Tak kesian ke tengok penderitaan rakyat Palestine,kanak-kanak dibunuh, rumah dibom, diseksa dan sebagainya. Sebagai umat Islam kita perlu punyai hati dan perasaan terhadap manusia yang dizalimi.



Buat apa kita nak guna produk Israel tu jikalau untuk keseronokan kita je semata-mata dan tidak fikir mengenai penderitaan rakyat Israel. Ya, Ammar tahu ada tandatangan kat bawah setiap entri ni nampak lawar tapi kita mesti tengok pulak dari mana produk tu. Banyak lagi cara lain untuk cantikkan blog. Cari je produk lain yang tidak berkaitan dengan Israel. Banyak lagi produk yang bagus-bagus kat internet ni janganlah berharap dengan satu produk tu je.



Bagi pendapat Ammar lah, tidak perlu kita letak tandatangan kat bawah entri kita kerana itu tidak membawa makna apa pun. Lainlah kalau letak tandatangan entri kita ni tak boleh di copy. Jadi Ammar berharap sangat-sangat kepada blogger yang menggunakan produk tu buanglah jauh-jauh. Benda tu tak penting langsung dalam blog. Sekadar berkongsi benda yang baik. Assalamualaikum.

9 ulasan:

Ayuni berkata...

hm....sygnye....

AMMAR YASIR berkata...

Ayuni: Apa yang sayang tu?

Puteri Iqa Izyan berkata...

dulu suka gune. tp skang takmau dah. huhu

sbb serabut je :P

AMMAR YASIR berkata...

Puteri: Baguslah macam tu...

nurul ain berkata...

nasib baik saya dah tak guna..
dulu memang suke gak letak menatang tuh,tp skrg dah tak sebab nak bagi blog nmpk sesimple yang mungkin :)

eddy syrol berkata...

tapi an banyak sgt BENDA buatan israel (juga yahudi) yang kite gunakan... cane ek? payahnyer...

AMMAR YASIR berkata...

Nurul Ain: Selamat..hehehehe

AMMAR YASIR berkata...

eddy syrol: Selagi kita mampu elak kita elak lah, kalau tak mampu nak buat macam mana kan?

Amira Anorah berkata...

mujo tak buat lagi...emm...