Ketahui 4 Tahap Kewangan Untuk Menjadi Kaya




Terdapat 4 tahap kewangan yang perlu diketahui oleh sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan atau erti kata lain iaitu kaya kita perlu mengetahui tahap kewangan kita dahulu sebelum mencapai matlamat itu. Dimanakah tahap kewangan anda sekarang? Adakah berada ditahap selamat? Ataupun lebih daripada itu? Berikut adalah 4 tahap kewangan:


1. Kewangan tidak selamat (Financially not secure)
Keadaan ini dimana anda langsung tidak mempunyai simpanan. Jikalau ada pun simpanan
mungkin dapat menampung keluarga selama sebulan sahaja. Tahap ini biasanya dipanggil kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tahap ini sangat bahaya kerana jika anda dibuang kerja mungkin sangat memberi kesan kepada anda dan keluarga.

Masalah sekarang ramai dalam kalangan masyarakat kita berada di tahap tidak selamat ini.
Keadaan ini sangat membimbangkan kerana jika mereka dibuang kerja adakah simpanan
mereka cukup untuk menampung keluarganya selama sebulan? Tepuk dada tanya diri anda.




2. Kewangan selamat (Financially secure)
Tahap kewangan ini adalah tahap pilihan lebih baik kerana jika anda berhenti kerja atau
diberhentikan kerja, simpanan wang anda mampu untuk menyara hidup anda dan keluarga selama enam bulan. Tetapi mungkin tidak ramai yang berada di tahap ini memandangkan
taraf hidup di negara ini yang semakin meningkat. Jika anda berada di tahap ini tahniah
diucapkan.

Tempoh 6 bulan adalah tempoh yang logik untuk anda mendapat kerja lain setelah
diberhentikan kerja atau berhenti kerja. Wang simpanan anda itu dapat menampung hidup
anda dan keluarga selama 6 bulan tanpa bekerja. Bagaimanakah untuk mencapai tahap ini?
Mungkin itu soalan yang terlintas di fikiran anda. Caranya adalah dengan menyimpan
sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan sebulan anda. Jika tidak mampu mulakan dengan
menyimpan sebanyak 2%, seterusnya 4%, 6%, 8% dan akhirnya anda akan berjaya
menyimpan 10% jika bersungguh-sungguh mengamalkan budaya menabung ini.




3. Bebas kewangan (Financially Free)
Tahap ini merupakan tahap yang sering diidamkan oleh ramai orang tetapi yang mencapai
tahap ini sangat sedikit. Pada tahap ini anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja
ataupun tidak. Hal ini demikian kerana anda mempunyai simpanan atau aliran pendapatan
automatik yang cukup untuk menyara anda dan keluarga sampai bila-bila.

Tetapi ramai yanberada ditahap ini masih lagi menjalankan pekerjaannya kerana berasa seronok dengan kerja dan bukannya terpaksa. Tips untuk mencapai tahap ini anda perlu
fikirkan aliran pendapatan secara automatik contohnya seperti memberi sewa rumah,
menjalankan perniagaan secara automatik seperti perniagaan internet dan sebagainya.






4. Tahap tersangat kaya (Ultra Rich)
Tahap ini merupakan tahap paling sedikit orang yang mencapainya. Pada tahap ini mereka
mempunyai wang yang sangat banyak dan sehingga tidak terpakai wangnya itu. Mereka boleh
menderma beratus-ratus ribu atau berjuta wangnya kepada badan-badan kebajikan. Antara
contoh tokoh seperti ini ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Bill Gate, Tan Sri Lim Goh
Tong, dan Tan Sri Ananda Krishnan. Mereka mempunyai perniagaan yang besar yang
dikendalikan oleh ribuan pekerja.




Jadi, dimanakah tahap kewangan anda sekarang? Adakah berada di tahap kewangan selamat, bebas kewangan atau tahap tersangat kaya? Jawapan itu ada didalam diri anda sendiri. Fikir-fikirkanlah. Anda tahu apa yang anda rasa dan anda tahu apa yang anda mahu. Semuanya terletak ditangan anda. Tiada siapa yang boleh mengubah diri anda melainkan diri anda sendiri. Anda yang mencorakkan diri anda. Sebagaimana corak yang anda corakkan itulah diri anda sebenarnya.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kewangan sila klik disini.

0 comment... add one now