Kisah Kematian Insan Penghalang Kejayaan Semua Orang Di Dunia




Suatu pagi yang damai sebuah kampung digemparkan dengan satu notis kematian seorang insan penghalang kejayaan semua orang. Notis itu tertulis:

"Awal pagi tadi, seorang insan yang selalu menghalang kejayaan semua orang di dunia ini telah meninggal dunia. Kami bagi ahli keluarga si mati menjemput semua orang kampung untuk ke rumah si mati untuk acara memperingati si mati."



Pada awalnya semua orang yang membaca notis itu bersedih mendengar berita kematian itu, tetapi kemudiannya mereka tertanya-tanya siapakah insan penghalang kejayaan semua orang selama ini. Polis terpaksa dikerah untuk menjaga keadaan yang kelam-kabut disebabkan orang ramai yang membanjiri rumah si mati.



Semakin petang semakin ramai orang kampung yang membanjiri rumah si mati dan semua orang berfikir "siapakah gerangannya yang menghalang kejayaan semua orang selama ini. Jika dilihat, Pak Mat dan anak-anaknya semua ada dirumah itu. Kalau nak kata isteri Pak Mat mustahil sebab isteri Pak Mat dah lama mati. Tapi tak apalah dia dah meninggal pun."



Seorang demi seorang menghampiri keranda jenazah itu dan apabila melihat di dalamnya ramai yang terkejut dan tidak mampu untuk berkata apa-apa perkataan. Mereka semua duduk berhampiran keranda itu, tergamam seolah-olah sesuatu yang menyentuh jiwa mereka secara mengejut. Terdapat sebingkai cermin diletakkan di dalam keranda itu dan apabila mereka semua melihat ke dalam keranda itu mereka melihat diri mereka sendiri. Di sebelah cermin itu tertera satu notis yang tertulis:

Hanya seorang sahaja yang mampu menghalang kejayaan anda iaitu DIRI ANDA SENDIRI. Anda adalah penentu kejayaan anda sendiri dan hanya anda yang mampu membantu diri anda untuk berjaya. Hidup anda tidak akan berubah apabila bos anda berubah, bila sahabat baik anda berubah, negara ini berubah atau kerajaan ini berubah.

Hidup anda akan berubah bila diri anda berubah. Hubungan yang paling penting adalah hubungan anda dengan diri anda sendiri. Muhasabah diri anda dan ketahui apa yang anda perlu berubah untuk mencapai kejayaan. Jangan gentar menghadapi kesusahan, halangan dan kegagalan, jadilah seorang yang mampu melawan sebarang rintangan itu.

{ 7 comments.. read them below or add one }

AMMAR YASIR AMMAR YASIR 29 Januari 2011 9:45 PTG
Thanks Ayuni N Anies sebab sudi datang blog yang tak seberapa ni
Diana Diana 29 Januari 2011 10:17 PTG
As Salam..
entri ni sgt bagus Ammar..
mmg motivation yg sgt baik utk semua.. teruskan bermotivasi! hee :)
rafiza ruslan rafiza ruslan 9 Februari 2011 1:12 PTG
huhu.

betol tu.

diri sendiri yng meghalang kejayaan sendiri.

nice !!

:)
Awan Biru Awan Biru 19 Februari 2011 4:44 PTG
ingatkan cerita betul, rupa-rupanya statement motivasi. good quote.