20 Jan 2011

Mr Honda: Tan Sri Loh Boon Siew

tan-sri-loh-boon-siew


Beliau dilahirkan di Hui-An, wilayah Fujian di China. Pada usia 12 tahun, Loh sampai ke Pulau Pinang dengan sebuah bot yang kecil dari China. Pada mulanya dia datang ke Malaysia, dia hanya pandai bercakap Hokkien dan bekerja sebagai pelatih mekanik kereta dengan gaji tiga ringgit sebulan. Boon Siew tinggal di rumah pekerja di Jalan Katz, Pulau Pinang. Selain itu, dia juga membuat kerja sambilan membasuh bas pada waktu malam dengan upah sepuluh sen untuk setiap satu.



Boon Siew membeli bas pertama daripada sebelas buah basnya dengan menggunakan wang simpanannya sebanyak RM2000 pada usianya 18 tahun. Dengan kebijaksanaan beliau, beliau membaiki bas-bas itu dan menjual semula dengan harga RM12000. Dengan berbekalkan wang hasil jualan bas itu, Boon Siew menubuhkan syarikat pertamanya iaitu Penang Yellow Bus Company. Pada 1941 beliau memiliki sebuah syarikat bas dengan nilai lebih $100 000, sebuah kedai membaiki motosikal, dan beliau juga membeli dan menjual kereta terpakai, alat ganti  kenderaan dan tayar. Ketika itu usianya baru 25 tahun.



Beliau juga merupakan pemaju perumahan terawal di Pulau Pinang dan antara yang terbesar. Pada 1958 Boon Siew sudah menjadi seorang peniaga yang berjaya sehingga mampu meluangkan masa untuk bercuti di Jepun. Semasa di Jepun, beliau ternampak sebuah motosikal Honda Cub memotong teksi yang dinaikinya. Beliau mengarahkan pemandu teksi mengekori motosikal itu. Setelah memeriksa enjin motosikal itu, Boon Siew pergi ke ibu pejabat Honda untuk menemui pemiliknya, Soichiro Honda. Kedua-duanya sepakat untuk menerokai potensi pasaran yang besar di Malaysia.



Boon Siew menjadi pengedar tunggal bagi motosikal Honda di Malaysia dan 15 unit motosikal Honda 4 lejang di import ke Malaysia. Boon Siew Honda mendapat sambutan yang sangat baik dan jualannya mencatat jumlah paling banyak di Malaysia dan Asia Tenggara. Beliau juga mengedar model kereta Honda. Setelah itu, syarikatnya terus berkembang maju.



Pada tahun 1987, Boon  Siew melancarkan model capcai EX5 dan mendapat sambutan yang sangat baik di Malaysia. Seterusnya banyak lagi model baru dikeluarkan dan syarikatnya terus lagi maju. Kisah mengenai perjuanngannya dalam perniagaan berakhir apabila dia meninggal dunia pada 1995 dan syarikatnya dipegang oleh anaknya iaitu Datuk Loh Cheng Yean.




ex5-redDSC02366

4 ulasan:

Woofer Storm berkata...

bgus dorg ni rajin dan panjang akal,kan bagus kalo org melayu amik cth dia ni kan.dia org luar blh jadi kaya,apatah lagi kalo kita org sni..tak kan tgk je kan,,harap2 melayu mampu berdaya saing,insyaallah^^

Asrul "iLham" Sany berkata...

dh follow ur blog, harap dapat follow mine jugak ya

thanks ;)

AMMAR YASIR berkata...

Woofer: hrap2 macm tu lah...

AMMAR YASIR berkata...

Asrul: Terima kasih