16 Jan 2011

Nombor Tercantik Dalam Sejarah Blogging





Penantian sebelum ini akhirnya berjaya mendapat nombor cantik iaitu 353. Terima kasih kepada follower yang ke-353 blog ini iaitu saudara IWAN. Nombor ini sangat bermakna dalam hidup Ammar kerana nombor ini sama dengan nombor pendaftaran kenderaan Ammar. PCR 353 ialah nombor motosikal Ammar yang pertama dan 353 juga digunakan dalam email Ammar iaitu pcr353@gmail.com dan pcr_353@yahoo.com. Alhamdulillah setelah blogging hampir sebulan 6 hari akhirnya dapat jugak mencapai angka menarik ini.



Setiap orang Ammar rasa mungkin ada nombor yang mereka minati contohnya nombor jersi pemain bolasepak, nombor telefon, nombor pendaftaran kenderaan dan sebagainya. Tapi jangan pulak ambik nombor untuk main nombor ekor pulak. Tak baik main nombor ekor, dosa. Ada sesiapa yang nak kongsi nombor bertuah tak? Kalau ada kongsilah kat sini. Macam mana nak kongsi? Senang je, pergi kat bawah tu je ada ruangan komen kongsi je lah.



Tapi ada jugak orang yang fanatik sangat dengan nombor kan? Biasanya orang yang kaya-kaya lah yang gila nombor kan? Bukan nombor ekor ek tapi nombor kenderaan. Ada yang sanggup menghabisakan ratusan ribu untuk mendapat nombor pendaftaran kenderaan yang cantik. Contohnya nombor pendaftaran TAY 1 yang termahal di Malaysia dibeli dengan harga RM220 000. Memang betul-betul gila nombor lah orang kaya ni.



Ada jugak yang jenis gila nombor seperti nombor kenderaan, nombor rumah, nombor ic dan nombor telefon semuanya sama. Anda tahu tak siapa yang gila nombor macam tu? Kalau tahu kongsi lah kat sini ek. Seperti yang Ammar pernah lihat ada orang kaya tu nombor kenderaan dia dengan nombor rumah sama. Kesian posmen, mesti dia pening nak hantar surat kat mana kan? Jom kita kongsi nombor menarik!!!!

11 ulasan:

arep_lockermonth berkata...

353!huhu :P

forever love berkata...

nom plat kete akak atq ngn suami die sama..272..sempena gabungan bzdy diowg..

fadhdeela berkata...

deela lak 4525..no kete jugak hihi :P

Meh singgah: Al-Fatihah..T.T

AMMAR YASIR berkata...

Arep: Opss.... terlepas sudah..hehehe,,,, nombor rahsia tu

AMMAR YASIR berkata...

Forever Love: 272? Wah cantiknya...siap gabung ngan bday skali tu.

AMMAR YASIR berkata...

Fadhdeela: 4525 cantik cantik... suka nombor jugak ek.

muhammad fauzi berkata...

no kete abg semua 800.

AMMAR YASIR berkata...

Muhammad Fauzi: 800? Cantiknya... nak mintak satu boleh tak?

muhammad fauzi berkata...

bukan tuan hamba punya.. abg punye... tp mmg style no 2...
xtaw r bpe die beli..hehe...

AMMAR YASIR berkata...

muhammad fauzi: Ala..mintak lah dengan abg tu satu...bestnya dapat nombor macam tu

Tanpa Nama berkata...

2542