TERKINI

2 Jan 2011

Resepi Bubur Asyura Terengganu

Penat jugak nak buat bubur asyura ni. Yelah, mana tak penatnya 6 jam baru siap masak bubur ni. Start pukul 9 pagi pukul 3 petang baru siap.


Ingatkan senang je buat bubur asyura ni sebab sebelum ni pandai makan je. Bila buat sendiri nah!!! ambik kau, sakit tangan ni duk kacau bubur ni. Sampai berpeluh-peluh. Tapi takpe, berbaloi dapat makan bubur asyura titik peluh sendiri.hehehehe....


Jom layang gambar ni...hehehehe





Pak saudara ku sedang kacau bubur asyura.




Tukar syif bagi kat mak saudara pulak kacau.




Nampaknya dah hampir siap bubur ni.




Boleh dah nak angkat ni kan?




Yahoo..... dah siap.... bukan google dah siap ok..hahaha.




Agihan bubur asyura kepada mangsa banjir. Walaupun banjir paras kepala kucing je dikira mangsa banjir jugak lah.



Bahan-bahan

-beras

-kerisik

-bawang merah

-bawang putih

-halia

-lengkuas

-lada hitam

-santan

-keledek

-jagung

-kacang merah

-gula

-gula melaka

-garam

-rempah bubur asyura

-air

-ayam

-daging

-ikan rebus



Cara membuat

Masak beras sampai kembang dan masukkan semua bahan-bahan tadi. Kacau sampai masak. Anggaran untuk masak antara 6-8 jam. Selamat mencuba.

4 ulasan:

DiNaZ berkata...

mak ai sedap la pulak!

AMMAR YASIR berkata...

Hehehe... nak makan datang ar sini

DiNaZ berkata...

mak ai dekatnya nak dtg gannu tu...hiuhiu

AMMAR YASIR berkata...

hahaha...dekat je. naik helikopter kejap je sampai

Designed By