14 Jan 2011

Resepi Keli Berlada


Gambar dari google


Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan keli yang sederhana ukurannya(gaul dengan serbuk kunyit dan garam)



Bahan-bahan untuk sambal
  • 200 gram cili merah(ditumbuk)

  • 1 biji tomato(dipotong empat)

  • 2 biji bawang besar

  • 3 ulas bawang putih

  • 200 gram minyak masak

  • 1/2 biji perahan limau nipis



Cara membuatnya
  • Goreng ikan keli hingga masak dan ketepikan dahulu.

  • Panaskan minyak dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, sehingga naik bau.

  • Masukkan cili merah, air limau nipis dan tomato.

  • Masukkan garam, dan gula secukup rasa. Tuangkan ke atas ikan keli yang digoreng tadi.

  • Taburkan bawang besar yang dipotong bulat sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.

4 ulasan:

nora berkata...

hebat ar ko pandai masak

ko ni leh jadi jejaka terhebat di pasaran wohhh,

AMMAR YASIR berkata...

Hahahaha.. ada-ada je si nora ni. Biasa je kalau lelaki masak.

kak ina kl berkata...

gambar ni cam akak punya ajer

AMMAR YASIR berkata...

@kak ina kl Opss!!! Akak punya ke? sori... Ammar search dekat google je