Resepi Kerabu Perut




Bahan-bahan:
  • 1 kg perut

  • 6 biji limau kasturi(diambil jusnya)

  • sedikit asam jawa(diambil jusnya)

  • 5 ulas bawang putih(bahan dikisar)

  • 3 batang serai(bahan dikisar)

  • 3 ulas bawaang merah besar(bahan dikisar)

  • 20 biji cili padi(bahan dikisar)

  • 2 biji tomato(bahan dikisar)

  • 2 biji bawang merah besar(bahan dihiris)

  • 1 biji tomato(bahan dihiris)

  • 2 biji cili merah(bahan dihiris)

  • sedikit garam dan cuka(bahan perasa)



Cara membuatnya:
  • Perut direbus dahulu dan ditoskan.

  • Kemudian campurkan bahan yang dikisar bersama perut. Selepas itu, masukkan air asam jawa dan perahan limau kasturi bersama dengan bahan perasa.

  • Gaulkan sehingga sebati. Sedia untuk dihidangkan.

6 comments.. read them below or add one

aniz aniz 14 Januari 2011 10:37 PG
walaupun tuan hamba penyokong Chelsea, tapi x mengapa-ngapa lah...i followww la juga...supaya ada kawan gaduh masa tengok game...lalalala
singgah2 la blog saya yer..=)
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Januari 2011 11:20 PG
Bhahaha... owh... ni mesti penyokong MU kan? Betul tak?
aniz aniz 14 Januari 2011 11:35 PG
[nada menjerit] BETOLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!! ngeh ngeh ngeh
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Januari 2011 11:45 PG
Oh!!!!! Tidak!!!!!!! Musuh ketat ni..bhahahaha....
efa efa 14 Januari 2011 11:57 PG
kerabu perut sedap...lapar la plak tghari cmni tgk ni...huhu
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Januari 2011 12:34 PTG
Efa: Hehehe...suka makan kerabu perut ek? sama lah kita