Resepi Mushroom Chicken Chop

18042010127



Bahan-bahan:
  • Paha ayam dibuang tulang
  • Tepung gandum
  • 2 biji telur ayam
  • Serbuk roti
  • 2 sudu kecil garam
  • 5 sudu maggi seasoning
  • 2 sudu besar lada putih



Bahan-bahan untuk sos BBQ:
  • 10 gram serbuk lada hitam
  • 50 gram bawang besar
  • 30 gram bawang putih
  • 100 gram sos cili
  • 1 liter sos perang
  • 6 sudu besar cuka
  • 70 gram mentega
  • 10 gram garam
  • 20 gram madu
  • 20 gram gula
  • 20 gram serbuk stok ayam


Cara membuatnya:
  1. Perapkan ayam dengan maggi seasoning, garam dan serbuk lada putih selama sejam.
  2. Salut ayam dengan tepung gandum
  3. Celup dalam telur
  4. Salutkan dengan serbuk roti
  5. Gorengkan dalam minyak dengan kepanasan sederhana sehingga warna keperang-perangan.
  6. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sebuk lada hitam, sos cili, sos perang, madu, cuka dan biarkan mendidih selama beberapa minit.
  7. Masukkan garam, gula, serbuk stok ayam. Kacau selama 3 minit dan bolehlah dihidangkan bersama crispy chicken chop.



6 comments.. read them below or add one

Ayuni Ayuni 21 Januari 2011 7:02 PTG
hm, wat resepilh pulak....
Citarasa Rinduan Citarasa Rinduan 21 Januari 2011 9:35 PTG
wah...
wah..
tak sangka....ada resepi pula...BBQ ayam tu..

heheheh..kak ayu bawa pulang ye.simpan untuk akan datang..mana tau..teringin nak makan...
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 22 Januari 2011 6:45 PG
Citarasa Rinduan: silakan akak...ambik lah... copy je, kongsi2..hehehehe