6 Jan 2011

Salji Turun Di Terengganu?


Terengganu: Hari ini masyarakat digemparkan dengan keadaan cuaca yang berubah menjadi salji. Berita ini tersebar meluas menerusi internet dan kejadian ini sangat mengejutkan ramai pihak. Difahamkan oleh sebuah akhbar tempatan, salji ini mula turun dari awal pagi ini. Keadaan menyebabkan cuaca di sini sejuk sehingga mencapai suhu tahap beku.



Jabatan Kaji Cuaca mengesahkan kejadian itu berlaku disebabkan udara sejuk yang datang dari timur semenanjung. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga akhir bulan Januari 2011. Keadaan ini sangat membimbangkan orang ramai di Terengganu.



Oit Ammar, apa yang kau merepek ni? Rupa-rupanya aku ini berangan je. Berita tu tipu je. Apa punya blogger ni, buat artikel palsu. Sorry kawan-kawan. Sebenarnya Ammar nak cerita pasal cuaca kat Terengganu ni. Sejak kebelakangan ni cuaca asyik hujan je. Pagi tadi Ammar bangun dari tidur rasa macam sejuk sangat. Ingatkan ada dekat London tapi rupanya ada dekat kolej. Hampeh! Tapi serius sejuk betul kat sini hari ni. Kipas tak pasang langsung tapi tetap sejuk.



Berangan nak duduk luar negara konon, duduk kat negara sendiri pun tak tahan sejuk. Adess!! Nampaknya tak bolehlah nak duduk kat luar negara. Mati beku deng duduk luar negara. Kat tempat korang hujan tak?

16 ulasan:

-iEkA DaRLink- berkata...

ammar buat gempak ye. hahha.
chuak da nih. ingat nak kiamat dah.

Aimifiqa berkata...

panas je bile scroll kat bwh. ingtkn betul la td. hehe

thomas berkata...

Kalau salji turun dgn tiba2 di Tganu petanda yg kurang baik tu.

AMMAR YASIR berkata...

Hehehe..sje je je buat gempak sikit.. Sorry lah kalau ada yang kurang senang. Terima kasih sebab sudi masuk blog yang tak seberapa ni.

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

menjadi betul propa kamu.. kekekekeke

AMMAR YASIR berkata...

Sorry lekat lekit kalau kurang senang dengan entri ni

miemen berkata...

hehhh~~hampeh tol...
hehehe...
tp mmg sejukkkkk sgt...
kat UMT ni pon...adohaiii...
bercinta la nk pegi klas....

AMMAR YASIR berkata...

MieMen: Memang sejuk bangat c... jangan ponteng kelas ek..bahahaha

Puteri Iqa Izyan berkata...

selamat bermimpi.. haha

tp tgnu mmg sejuk sgt skang :P

AMMAR YASIR berkata...

Puteri: Memang sejuk pun... sejuk sangat..

lynda berkata...

hadooooo..seyes terjejut doe..ingatkan betu2.ahah

AMMAR YASIR berkata...

Ini bukan betul-betul.. ini main-main..hehehe

Tanpa Nama berkata...

Bodo

Tanpa Nama berkata...

Sia sia mok mung branok ke mung

muni berkata...

Tp kan hari ad kuar paper kn kate mngu depan maybe trgnu salji???

Tanpa Nama berkata...

sokong sokong hmm