15 Jan 2011

Sejarah Penubuhan Facebook





Pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg mula mengasas Facebook ketika berumur 23 tahun. Sungguh menakjubkan kerana pada usia semuda itu dia telah berjaya membina laman sosial terbesar di dunia. Sebelum ini Mark Zuckerberg pernah membina laman web untuk rakannya seperti laman web Coursematch dan Facemash.



Pada bulan Februari 2004 beliau telah melancarkan laman sosial yang bernama Facebook. Nama itu diambil daripada borang yang diedar kepada pelajar baru di Universiti Harvard. Dalam masa 24 jam Facebook dilancarkan, 1200 orang pelajar Universiti Harvard telah membuka akaun Facebook. Sebulan setelah pelancaran Facebook, separuh daripada populasi pelajar Sarjana Muda di Universiti Harvard telah mempunyai akaun Facebook.



Selepas itu Facebook berkembang ke seluruh Universiti di Amerika Syarikat dan menjadi facebook.com setelah nama domain itu dibeli dengan harga USD 200 000 pada bulan Ogos 2005. Seterusnya Facebook terus tersebar di seluruh dunia dan mula dikenali ramai.



Syarikat gergasi antaranya seperti Google dan Yahoo pernah menyatakan hasrat untuk membeli Facebook dengan harga hampir USD 2 bilion tetapi ditolak oleh Mark Zuckerberg. Pada tahun 2007 Mark Zuckerberg mengumumkan jumlah ahli berdaftar di laman sosialnya lebih 30 juta orang ahli.



8 ulasan:

thomas berkata...

Facebook memberi kita satu alamat dlm dunia cyber,
banyak kebaikannya,keburukannya pun sama banyak.He!he!

lynn angel berkata...

Fb! hmm, kalau pandai guna, byk faedahnya.. :)

noraim berkata...

habat lah pencipta facebook neh. huhu.

AMMAR YASIR berkata...

Thomas: btul tu..kalau kita guna semua kebaikan tu untung sangat kita.

AMMAR YASIR berkata...

Lynn Angel: betul... pandai guna dengan perkara berfaedah pasti best

AMMAR YASIR berkata...

Noraim: Memang hebat pun. muda lagi dah berjaya

e-dayah berkata...

awk dpt mane yer maklumat nih?leh tau x? (http://akupipipau.blogspot.com)

azrijohan berkata...

mintak izin share info...