17 Jan 2011

Surat Cinta Dan Video Terhangat


Selamat tinggal cinta,selamat tinggal untuk selama-lamanya. Aku punyai satu hati untuk satu hati, perginya satu hati itu untuk satu hati yang lain tiada lagi satu hati yang dapat menggantikan satu hati itu. Aku sangat mencintaimu satu hati,tetapi kau telah membunuh cintaku ini. Tiada lagi hatiku untuk cinta, hanya kesedihan setiap hariku. Kau telah jauh meninggalkan diriku tanpa sedikit rasa belas kasihan. Aku tidak mahu sedikitpun belas kasihanmu itu terhadapku kerana aku tahu aku memang layak untuk dihukum sebegini.



Terima kasih kerana kau pernah hadir dalam hati kecilku ini. Hadirnya dirimu sebagai cinta sangat aku hargai sampai bila-bila walaupun aku kehilangan cinta akhirnya. Tidak akan ku lupa janjiku pergi ke Sabah untuk mendapatkan cintamu. Suatu hari nanti akan ku tunaikan juga janjiku itu walaupun sekadar menitiskan air mata di bumi Sabah. Aku sangat berbangga kerana telah berjaya mencintaimu sepenuh hatiku. Tidak pernah sedetikpun aku menyalahkan dirimu kerana pergi meninggalkan diriku kerana aku sangat mencintai dirimu.



Teringat masa silam, kau pernah membuatku ketawa disaatku duka, kau pernah mengadu kepadaku yang kau sakit dan harapan untuk sembuh sangat tipis. Tapi aku tetap ingin mencintaimu kerana aku percaya kekuatan cintaku ini mampu untuk menyembuhkan sakitmu itu. Pernah juga kau berkata kau tidak mahu diduakan cintamu itu. Ya, aku telah buktikan bahawa aku tidak pernah menduakan cintaku. Akhirnya cintaku yang satu itu hanya sia-sia setelah kau dimiliki oleh orang lain.



Aku tidak akan pernah membenci dirimu tetapi aku sentiasa berdoa selepas solat fardu supaya kau disembuhkan penyakit kronik itu. Cintaku hanya padamu, tidak mudah ku ungkapkan kata cinta ini kerana harga cinta itu tidak ternilai dengan harta berjuta. Ku tahu harga cintamu itu sangat mahal dan susah untuk dimiliki, tetapi aku akan cuba sedaya upaya mengumpul harga kesetiaanku ini untuk memiliki cintamu.




Ku telah miliki rasa indahnya perihku, rasa hancurnya harapku, kau lepas cintaku akhirnya. Sungguh perit hatiku setelah kau lepas cintaku ini. Walupun semua itu ada dalam mimpiku, dalam anganku tetap ku dambakan sampai bila-bila. Aku ingin kau tahu besarnya cintaku, tingginya khayalanku bersamamu. Cukuplah kau tahu semua itu kerana aku tidak mampu membelah hatiku untuk kau tahu sebesar mana cintaku terhadapmu. Cintaku yang besar itu tidak mampu ku luahkan semuanya kerana cinta itu tidak dapat dilihat atau disentuh dan hanya dapat dirasai oleh hati yang ikhlas mencintai.



Aku ingin kau tahu bahawa aku telah meminta restu dari orang tuaku untuk menyunting bunga dari Sabah. Aku telah tunaikan janjiku itu tetapi kenapa kau tidak memberi jawapan itu? Kenapa kau sanggup membuat aku mengharap untuk dapatkan cintamu? Tidak cukupkah kau membunuh rasa cinta dalam ramai hati lelaki? Puaskah kau hancurkan hatiku ini? Apa dosaku terhadap dirimu?



Aku memohon maaf jika kata-kataku ini menguris perasaanmu itu. Aku menulis apa yang aku rasa bukan untuk menyalahkan dirimu kerana kesalahan itu hanya aku. Aku bersalah kerana terlalu mencintai dirimu. Maafkan diriku kerana aku terlalu cinta padamu. Aku mula sedar bahawa tiada gadis Sabah yang mahu mendapat jodoh dengan jejaka Semenanjung kerana jarak yang jauh antara satu sama lain. Tetapi naluriku kuat menyatakan bahawa jarak bukanlah pemisah untuk aku mencintai seseorang. Biarlah takdir yang menentukan segalanya, aku hanya mampu berdoa pada Yang Maha Esa. Ya Allah Ya Tuhanku Engkau kurniakanlah jodohku dengan gadis Sabah itu kerana aku sangat mencintainya. Engkau kuatkanlah hatiku menempuhi hari-hari yang tersisa ini disetiap hariku.Amin.




Khas untuk insan yang melukakan hatiku
video

21 ulasan:

MiSzy DiaN berkata...

huhu..
sedih gak surat tue..

AMMAR YASIR berkata...

Memang sedih pun..rasa macam nak nangis je...huhuhuhu

arep_lockermonth berkata...

surat cinta yang sayu!

AMMAR YASIR berkata...

Memang sayu...sayu sangat...huhuhuhuhu sedih!

efa berkata...

uhuk :( sedihnya surat tu...

nelly berkata...

wow . . ayat yang boleh terharu
=)

Eliza Muslim berkata...

surat cinta luka...... amar nape x wat surat cinta bahagia..... apa yang amar dapat dari semua yg amar luahkan? hanya rasa bahagia seorang perempuan dah berjaya melukai amar? tu yg amar nak? menunjuk kan kelemahan diri kerana dia yang x pernah menghargai... kan lebih best klu kita wat.surat cinta bahagia.... :) "saya sayang awk.... tapi rupa2nya... semenjak awk pegi.. saya lbh sayangkan diri saya dari terus menderita dengan kecurangan awk...." hehehe... memandai je iza ni..... amar kadang2 cinta kita pada manusia berlebihan sangat... sampai kita lupa pada cinta yang agong.... cbe imbas2 balik.... pnh x mendahului cinta manusia dr cinta maha pencipta... selamat berjuang amar melawan rasa hati yang terluka... =)

Najmi Faiz Abd Latif berkata...

Aik, sejak bile plax cinte dari kedah beralih ke sabah..dalam diam rupenye..
haloo kawan, x yah la mun sedih2, dan nie pun bukan kali pertama mun kecewa kan..so, tgok la diri kite tu macam mane, mayb ade sesuatu yang kite lakukan tanpa kite sedar membuatkan org laen kurang selesa..
Sebagai kawan, ak nasihatkan mun x yah pk lagi la pasal tu semua, jangan risau Allah dah tentukan jodoh mun dengan sesiapa yang dikehendakiNya..
Nasihat ak, mun teruskanlah dengan penulisan blog mun nie sampai mun berjaya, ak pun suke tgok member ak berjaya, lagipun status kite masih ag sebagai pelajar, so cosentrate on your study first..
Pape pun, ape yang berlaku pasti ade hikmahnya..(",)

AMMAR YASIR berkata...

Efa: Surat ni memang sedih tapi hati Ammar lagi sedih..huhuhuhu

AMMAR YASIR berkata...

Nelly: Huhuhu..surat ni ditulis bersama airmata memang sdih>>>

AMMAR YASIR berkata...

Eliza: Hehehe.... petua yang menarik. Dengan menulis Ammar dapat rasa ketenangan sebab tu Ammar tulis je apa yang rasa.Terima kasih Eliza atas nasihat itu....

AMMAR YASIR berkata...

Najmi: Owh kawanku...terima kasih atas nasihatmu itu. Aku sangat menghargai.

Miss Yaty berkata...

sedihnya bila baca...

syahdu rasa hati...

cekalkan hati mungkin akan ada jodoh yang lebih baik dari dia.. :)

AMMAR YASIR berkata...

Misz Yaty: Memang betul2 sedih. Sebelum ini aimata Ammar tak pernah keluar kerana perempuan. Tapi hari ni airmata tu keluar bila menulis surat ni. Perempuan tu memang hebat kerana berjaya melembutkan hati batu Ammar sebelum ini.

dyba gula-gula berkata...

sedih la!!
sabau je la wahai hati~

yad'z berkata...

waaa,,, taching..... hukhukhuk~

Nadhirah-chan berkata...

penuh perasaan . menjiwang dah di malam buta ni :)

aZIEra itu aKu.... berkata...

sedeynye...sabar ye...

Qaseh dalia adelia berkata...

wuwuwuwuw sedihnye ..tacing my heart..hehe kalau inginkan dia berdoa lah selalu agar dia jodohmu nanti..andainya dia bukan milikmu redha lah :) maybe dia bukan terbaik untuk terima cinta ammar ..maybe someday .. ada yg lebih menghargai cinta ammar .. kuasa Allah kita tak mmpu untuk menduga.. :) jgn sia2 kan air mata tu ..

AMMAR YASIR berkata...

Terima kasih semua.... :-)

Awan Biru berkata...

Alamak, tangkap jiwang betullah. macam nak nangis pun ada.