11 Jan 2011

Tanda-tanda Awal Kanser



  • Kanser darah (leukemia) - pucat, letih,mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infleksi).


  • Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.


  • Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelam dan kelenjar membengkak di leher.


  • Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

  • Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.


  • Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen(perut), hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.


  • Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersanggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.


  • Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan, atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersanggama dan turun berat badan.


  • Kanser payu dara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.


  • Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.


  • Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air besar.



5 ulasan:

O'gosh berkata...

TQ for the info....

AMMAR YASIR berkata...

Welcome... Thanks sebab datang melawat blog ni

nora berkata...

ni dari sumber sah kan

sbb aku ingat nk print pastu simpan kat umah aku ni

efa berkata...

uish benar ka info ni...ah...yg last tu..takut plak...suka gak sakit perot..tak leh mkn pedas gastrik ka ka cm yg last tu?uhuk

AMMAR YASIR berkata...

NORA: aMBIK JE.. Hak cipta tidak terpelihara... sumber yang sah lah... hehehe

efa: janganlah takut2... sakit biasa je tu kot.. nak tahu lebih lanjut pergi jumpa doktor je.... senang kan