22 Jan 2011

Tangisan Senja




Aku terjaga dari tidur. Tetapi kali ini berbeza sekali dengan hari sebelum ini. Aku terjaga dan mataku dapat lihat kembali dunia yang cantik ini. Aku dapat melihat wajah ibu jelas terpancar senyuman. Aku sangat hairan kerana sebelum ini doktor cakap mataku tiada peluang lagi untuk pulih semula. 3 bulan mataku tidak dapat melihat.



"Mak, kenapa mata Hanis dapat lihat balik, bukan ke mata Hanis ni dah cacat Mak?."


"Kau bernasib baik nak, semalam ada seorang lelaki datang jumpa mak dan dia cakap dia sanggup dermakan matanya untuk kamu nak." Hatiku tertanya-tanya siapakah orang yang mendermakan mata itu kepada aku.



"Siapa lelaki itu mak? Dia ada bagitahu nama penuh dia?"



"Mak pun tak pasti nak, dia tak bagitahu pun nama penuh dia apa, dia cakap dia kenal Hanis je. Dia ada jugak cakap Hanis ni kawan lama dia."



Perasaan ingin tahu ku membuak-buak. Aku mula gelisah kerana menggunakan harta orang tanpa meminta izin dari tuannya dahulu.



Keesokan hari doktor telah membenarkan aku pulang ke rumah. Sampai di rumah, aku teringat memori-memori manis yang masih jelas berada dalam kotak ingatanku. Melihat kristal berkilauan di meja solekku. Kristal hadiah dari insan yang paling aku sayangi, Hamizan. Teringat saat-saat romantis aku dan dia sebelum tragedi tumpahan asid ke muka ku.



Aku sangat rindukannya. Ingin aku temuinya sekarang juga jika mampu. Tiba-tiba mataku terpejam dengan tiba-tiba. Aku tidak ingat apa-apa selepas itu.



Pagi itu aku bersiap dengan pakaian yang cantik untuk menemui insan tersayang, Hamizan. Sampainya di rumah Hamizan aku dapati rumahnya kosong dan tidak terkunci. Aku bertanyakan jiran dimanakah Hamizan. Jirannya itu berkata Hamizan telah lama berpindah ke kampungnya.



Aku dengan tergesa-gesa pergi ke kampung Hamizan yang jauhnya hampir 150 kilometer dari rumah sewanya itu. Perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam jam itu berakhir apabila sampai ke rumah Hamizan. Aku melihat Hamizan sedang menghirup udara segar didepan rumahnya sambil memegang tongkat.



Dia tidak menyedari kehadiranku walaupun aku berada 200 meter dihadapanya. Air mataku mengalir deras. Tidak dapat ku bayangkan sebelum ini betapa besarnya cintanya terhadap diriku. Jawapan yang tertanya-tanya dalam benak fikiranku selama ini terjawab.



video

Tiada ulasan: