19 Jan 2011

Terima Kasih Mat Jenin




Lagenda masyarakat iaitu Mat Jenin, seorang yang suka berangan-angan untuk menjadi kaya, memiliki harta,rumah mewah dan berkahwin dengan puteri raja. Mengikut lagenda Mat Jenin ini kita mungkin dapat simpulkan bahawa tiada unsur yang baik dalam lageda ini kerana menceritakan mengenai seorang yang berangan-angan tetapi tidak berusaha. Sedarkah kita apa isi yang paling penting dalam cerita ini untuk mencapai kejayaan atau kekayaan? Mungkin ada yang sedar dan mungkin ada yang tidak sedar. Lagenda Mat Jenin merupakan cerita yang sangat berguna untuk orang yang inginkan kejayaan atau kekayaan.



Isi yang paling penting dalam Lagenda Mat Jenin ialah angan-angan. Angan-angan? Ya, sudah semestinya angan-angan merupakan isi paling penting dalam cerita ini. Kita perlu berterima kasih kepada Mat Jenin kerana Mat Jenin telah menunjukkan kita langkah pertama untuk kita mencapai kejayaan dan kekayaan. Angan-angan merupakan langkah pertama dalam menuju kejayaan dan kekayaan. Tetapi Mat Jenin hanya menggunakan langkah pertama sahaja dan tidak meneruskan dengan langkah seterusnya. Oleh hal demikian, Mat Jenin tidak dapat mencapai kejayaan itu.



Seperti peribahasa Cina "perjalanan yang jauh bermula dari langkah yang pertama". Jelaslah disini bahawa langkah pertama sangat penting untuk kita mencapai kejayaan dan kekayaan. Realiti hidup sekarang, kita perlu mempunyai lebih ramai lagi Mat Jenin Moden untuk mencapai tahap ekonomi yang lebih baik. Apa itu beza Mat Jenin dengan Mat Jenin Moden? Baiklah, disini Ammar akan menjelaskan perbezaan Mat Jenin dengan Mat Jenin Moden. Mat Jenin ialah seorang yang hanya berangan-angan sahaja dan tidak melakukan langkah seterusnya untuk merealisasikan angan-angannya itu dan manakala Mat Jenin Moden sebaliknya.



Tanpa Mat Jenin Moden kita tidak mungkin dapat terbang jauh tinggi ke angkasa, berhubung dengan manusia seluruh dunia hanya menggunakan hujung jari dan mempunyai bangunan pencakar langit. Mat Jenin Moden merupakan penyumbang yang sangat penting untuk dunia pada zaman sekarang. Dunia sangat memerlukan Mat Jenin Moden untuk melahirkan idea-idea yang penting untuk dunia. Mahukah kita menjadi Mat Jenin? Atau sekadar menjadi Mat Jenin?



Hidup kita,kita yang tentukan dan untuk mencapai kejayaan kita haruslah menentukan langkah yang terbaik supaya kejayaan itu tercapai. Angan-angan perlu disusuli dengan langkah seterusnya bagi memperoleh apa yang kita inginkan dalam hidup. Untuk berjaya langkah pertama itulah yang perlu kita teliti dengan jelas. Bersama-sama kita fikirkan.....




12 ulasan:

eddy syrol berkata...

angan2 tu penting sbnarnya... yg tak penting ialah angan2 yang berterusan tanpa tindakan :-)

nelly berkata...

bags entry ni . .
memang perlu ada angan-angan .
hehehe

Ayuni berkata...

hikhik, tp tanpa usaha, angan2 jd sia2....

AMMAR YASIR berkata...

Betul tu Eddy..setuju sangat

AMMAR YASIR berkata...

Nelly: memang sangat perlu angan2 kalau nak berjaya

AMMAR YASIR berkata...

Ayuni: Ya betul... angan-angan perlu disusuli dengan usaha barulah kejayaan itu tercapai

arep_lockermonth berkata...

huhu :P tade angan angan tade makna la idup kan!

ciK mOt ©™ berkata...

usaha kena perlu seiring dengan angan2 dik...

ARC™ berkata...

angan2 tu bagus kalau disertakan dengan usaha

AMMAR YASIR berkata...

Arep: BETUL...SETUJU

AMMAR YASIR berkata...

CIK MOT: Ya akak....setuju sangat,,,terima kasih

AMMAR YASIR berkata...

ARC: Ya betul....setuju... jom kita berangan..hahaha