Tertipu Kerana UPU

logo_mohe
Letih sungguh bermain dengan borang UPU ni, nombor pin dah beli tapi tak boleh nak isi pulak borang tu. Dah beberapa kali duk masuk nombor pin UPU tu kat borang online tapi tak boleh. “Maaf nama anda tiada dalam rekod kami”, geramnya. Beli nombor pin tu dahlah mahal senang –senang je dia cakap tak ada dalam rekod. Pagi tadi cuba lagi isi dan isi lagi tapi tak boleh jugak. Last-last pergi BSN balik.




Dengan rasa kecewa dah terasa hatinya kat BSN Ammar pun pergi kat kaunter dan tanya pegawai BSN. “Abg, kenapa nombor pin UPU saya ni tak boleh guna dah banyak kali cuba tapi tak boleh jugak”. Abg tu pun jawab “Cuba banyak kali mesti boleh sebab sebelum ni dah ada yang kena macam tu”. Ok. Dengan langkah penuh semangat Ammar pun pergi kat ciber café berdekatan. Cuba buka sekali lagi laman web kemasukan ke IPTA. Buka je laman web tu dan terus letak nombor pin. Jawapan yang sama jugak “ Maaf nama anda tiada dalam rekod kami”. Last-last perasan dekat borang tu dia tulis STPM 2010. Barulah tahu apa puncanya. Ammar ambik STPM 2008 patut lah tak boleh guna nombor pin tu.




Tak cakap awal-awal nombor pin STPM selain tahun 2010 kena guna nombor pin Diploma. Apa lah punya BSN, duit RM15.60 melayang macam tu je dan terpaksa beli nombor pin baru. Akhirnya barulah boleh isi borang UPU. Mujurlah tak sempat nak bincangkan topik ni dalam forum siber…hehehehe.. KPTM pun satu, lain kali tulislah terang-terang nombor pin tu untuk lepasan STPM tahun berapa, ni pakai letak lepasan Diploma macam tu je bukan Ammar tahu. Kepada yang belum isi borang UPU tu berhati-hatilah beli nombor takut salah macam Ammar ni je.




Pelik jugak dengan sistem sekarang ni dahlah nak ambik exam MUET pun kena guna nombor pin. Zaman Ammar dulu tak ada pun macam tu , senang je nak ambik MUET.

{ 9 comments.. read them below or add one }

dyba gula-gula dyba gula-gula 20 Januari 2011 4:40 PTG
takut nak isi borang upu.....hahaha
sicomot-comel sicomot-comel 20 Januari 2011 4:49 PTG
haha.ciannya Ammar!

duit melayang gitu je.
Lebih baik blanje ktorng gula2.Ada pekdah jugak.hehe.

p/s:Cuba bygkan law Ammar tetiba wat kentroversi kat forum tu...??haha
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 20 Januari 2011 5:19 PTG
Sicomot: Huhuhuhu...duit melayang macam tu je. nanti Ammar belanja gula-gula ek...hehehehe... Oh..tidak... xnak wt kontroversi kat forum....
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 20 Januari 2011 5:20 PTG
Arep: Apa yang menarik tu Arep?
Nur Mudrikah Nur Mudrikah 20 Januari 2011 5:39 PTG
sabar2.. semoga dpermudahkan segala urusan..amin
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 20 Januari 2011 8:17 PTG
Nur Mudrikah: Sabar....terima kasih.... :-)