TERKINI

7 Jan 2011

Ubat Pelangsingan Badan Yang Paling Berkesan

Anda terlalu gemuk? Kawan-kawan sentiasa mengejek kerana saiz badan seperti tong dram?. Sudah mencuba pelbagai produk pelangsingan tetapi tidak berhasil?. Duit telah banyak dihabiskan untuk melangsingkan badan tapi badan makin gemuk. Usah risau dengan semua masalah itu. Ada tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk langsing tetapi disiplin yang tinggi dalam pemakanan perlu dijaga.



Mengidamkan bentuk badan seperti Lisa Surihani si cantik molek ini? Caranya mudah sahaja. Pemakanan perlu dijaga dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak, berkolestrol tinggi, dan makanan ringan. Banyakkan minum air kosong (8 gelas sehari) yang suam dan jangan mengamalkan minum air sejuk (ais). Senaman juga penting untuk menurunkan berat badan. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu melakukan senaman sudah memadai.



Anda suka buah-buahan? Jikalau anda rasa makan nasi boleh meningkatkan berat badan anda boleh menukarkan dengan buah-buahan. Amalkan makan buah-buahan setiap hari. Pasti berat badan anda akan turun secara mendadak lagi.



Ubat untuk gemuk adalah makan dan ubat untuk kurus adalah tidak makan. Jika petua di atas tidak berkesan untuk anda, anda boleh mengamalkan tidak makan seminggu dan hanya minum air sahaja. Pasti berat badan anda akan turun secara mendadak lagi. Kalau tidak percaya tengok gambar dekat bawah ni. Dia ni entah berapa hari dah tak makan dan lihatlah saiz badanya. Slim kan?



Mana yang anda mahu? Lisa Surihani atau gambar yang kat bawah ni? Pilihlah jalan yang betul untuk kurus dan janganlah memilih jalan yang memudaratkan diri anda. Ingat, disiplin dalam pemakanan sangat penting. Tiada disiplin jadilah macam tong dram tu. Selamat mencuba!!!




Tiada ulasan:

Designed By