10 Jenis Wanita Yang Perlu Dijauhi





1. Terlalu cemburu
Cemburu itu perlu sebenarnya tapi bila cemburu buta boleh merosakkan hubungan dengan si jejakanya. Contohnya wanita pergi menyerang orang tanpa usul periksa. Ramai lelaki yang tidak tahan dan memutuskan hubungan dengan wanita seperti ini.



2. Selekeh
Wanita penuh dengan keayuan dan kesopanan, jika seseorang wanita itu selekeh ramai lelaki yang tidak suka kerana keayuan dan kesopanan itu tidak ada pada perempuan seperti ini. Walaupun muka cantik tetapi itu tidak menjadi jaminan 100% untuk memikat hati jejaka.



3. Suka mengharap
Sering mengharapkan orang lelaki sahaja membuat sesuatu dan tidak berusaha untuk mencuba sendiri. Wanita seperti ini jika ditinggalkan suami hidupnya akan merana dan tidak dapat berdikari sendiri.



4. Ingin sempurna
Sikap ini sangat merimaskan lelaki kerana setiap keputusan yang dilakukan sering ingin sempurna dan jika orang lain melakukan sering tidak sempurna. Pasti ada yang tidak kena jika seseorang lelaki melakukan dan menganggap dirinya sempurna dan betul.



5. Tidak berhati-hati
Tidak berhati-hati dalam percakapan boleh melukakan hati lelaki dan ramai lelaki akan makan hati dan seterusnya memutuskan perhubungan. Kerana mulut badan binasa.




6. Perasan cantik
Perempuan ini boleh digelar pisau cukur keran menggunakan kecantikannya untuk mengikis harta lelaki. Sanggup menjual dan menggadai kecantikannya demi harta benda dan ada yang menjadi GRO.



7. Ada "sugar dady"
Dalam kehidupan sekarang yang memerlukan duit yang banyak kerana kos sara hidup yang tinggi ada juga wanita yang sanggup mendampingi lelaki kaya yang berumur untuk mendapatkan duit. Merekan menjual tubuhnya kepada lelaki kaya semata-mata untuk mendapatkan duit.



8. Pandai ambil kesempatan
Perempuan seperti ini boleh dikatakan sebagai perampas. Merampas kekasih orang, tunang orang dan suami orang demi untuk kepentingan diri sendiri. Perempuan seperti ini biasanya tiada perasaan malu.



9. Suka mengongkong
Dalam bahasa Inggerisnya dipanggil "Queen Control". Sebagai contoh wanita seperti ini sering mengawal pergerakan pasanganya, pergi mana. Sering bertanyakan pasangannya keluar dengan siapa, balik pukul berapa dan sebagainya. Ini boleh merimaskan lelaki.



10. Hipokrik
Didepan lelaki yang disukai berlaku sopan dan solehah tetapi dibelakang lelaki yang disukai bergaul bebas dengan lelaki lain dan sering keluar malam ke kelab malam. Biasanya ada juga wanita yang berpakaian menutup aurat tetapi perangai jauh lebih teruk dari wanita yang tidak menutup aurat.

{ 10 comments.. read them below or add one }

TAYAR PANCIT TAYAR PANCIT 21 Februari 2011 12:15 PG
hai saye da join awak :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/02/segmen-saya-seorang-blogger-yang-aktif.html
manggosteen manggosteen 21 Februari 2011 12:22 PG
isteri yg baik adalah isteri yang tidak meminta2.
A.s.t.i.n.a A.s.t.i.n.a 21 Februari 2011 8:03 PG
suami yang baik pula suami yang selalu memberi2..
SaYraH WonDerLanD SaYraH WonDerLanD 21 Februari 2011 9:46 PG
perangai yang buruk tu memang boleh nak buang. Tapi bab cemburu tu susah betul nak buang..aish
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 21 Februari 2011 11:07 PG
@SaYraH WonDerLanD Bhahaha...cemburu tak salah tapi jangan cemburu buta je
kuKu kuKu 21 Februari 2011 2:58 PTG
cemburu tu kena ada..tp berpada2..klu tak cemburu langsung..itu bahaya..=)
Tanpa NamaTanpa Nama 10 Oktober 2011 12:35 PTG
no.5 tuuu haaaa....

wanita slalu tidak berhati2...terutama;

1. sesat memandu conform (x semua.)
2. reverse masalah, belok xde signal.
3. suke tinggalkan anak dlm kereta. walaupun kejap.
4. membeli barang ikut nafsu aka shopping.
5. makan dan mmbazir (yg mude)
6. tidak menjaga ic dan dompet dgn berhati2 semasa berjalan di KL.
7. lupa pd keselamatan.

---- harap membantu ---haha