Anonymous Seorang Pembunuh




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua semua pembaca setia. Dikesempatan ini Ammar nak mintak maaf kepada semua pembaca setia blog Ammar sebab dalam 2-3 hari ni Ammar jarang update blog dan entri pun semakin kurang sekarang ni. Entri Ammar kurang bukan sebab Ammar busy dengan study tapi semenjak diserang anonymous tempoh hari idea Ammar semakin berkurang sekarang ni.



Sebelum diserang anonymous idea Ammar untuk update blog mencurah-curah je tiap-tiap hari dan kalau tak silap ada jugak entri Ammar hampir 10 entri satu hari. Betul tak? Anonymous telah membunuh idea dan semangat Ammar untuk terus blogging. Tapi Ammar tak akan mengalah dengan semua tu, Ammar akan cuba bangkit kembali dan cari balik idea yang selama ni mencurah-curah tu.



Ammar adalah jenis yang susah untuk terasa tetapi bila dah terasa memang susah untuk lupa benda tu. Buat masa sekarang ni Ammar masih mencari balik semangat dan idea yang dulunya banyak dan kalau boleh Insyaallah dalam beberapa hari lagi ok lah kot. Ammar doakan supaya anonymous tu kembali ke jalan Allah dan insaf atas perbuatan tu. Ammar langsung tak simpan dendam dengan anonymous tu sebab Ammar tak suka benci atau dibenci.



Terima kasih kepada yang tidak putus-putus menyokong Ammar dari belakang dan sentiasa bagi semangat dan pandangan kepada Ammar. Terima kasih kepada Wafi, Astina dan yang lain-lain Ammar lupa nak hafal nama. Sorry..hehehehehe...

3 comments.. read them below or add one

nelly nelly 28 Februari 2011 12:07 PG
Teruskan berblogging ..
=)
Wafiy Suzly Wafiy Suzly 28 Februari 2011 12:45 PG
wah, ada jugak nama kat sini:P
apa apa pun, ammar, jangan pedulikan si anon tuu,
mungkin dia ada minat tersendiri dalam bab menjatuhkan orang
dunia blogging banyak cabaran
kalau ammar terus blogging
maknanya ammar masih kuat
sebab amar dapat tempuhi
kekusutan dan cabaran tu
semuanya terserah pada ammar
happy blogging:)
A.s.t.i.n.a A.s.t.i.n.a 28 Februari 2011 12:08 PTG
Selamat lah Mar.. saya cuti dalam seminggu blogging.. heh..