Anonymous Tu Blogger?




Tak habis-habis cerita pasal Anonymous ni kan? Asyik ganggu blogger je. Bercerita pasal Anonymous yang datang blog Ammar semalam tu Ammar dapat rasakan Anon tu adalah blogger jugak. Ambik kau, tak letak muka pun kantoi jugak. Lepas Ammar baca komen dari Anon semalam Ammar dapat rasakan yang gaya penulisan atau gaya komen tu macam pernah Ammar tengok kat blog ni. Dia adalah blogger jugak yang pernah datang kat blog Ammar ni.



Tapi Ammar tak dapat pastikan itu adalah blogger sebab Ammar ni bukannya tuhan yang tahu apa yang tak nampak. Hati Ammar kuat mengatakan Anon yang datang semalam tu adalah blogger jugak dan bukan pembaca yang tiada blog sebab cara dia komen tu macam dia pun ada blog jugak sebab asyik cerita pasal duit dari blog je dan tak ada kerja lain.



Kalau betullah Anon tu blogger kenapa dia sanggup menjatuhkan Ammar dan memalukan Ammar? Kita sama-sama blogger pun nak main jatuh-jatuhkan orang jugak apa yang dapat? Sebaiknya kita sama-sama blogger ni saling membantu antara satu sama lain dan bersatu padu barulah blogger ni kukuh. Betul tak? Ammar tak marah kalau nak komen entri Ammar tapi komen lah dengan cara berhemah dan janganlah dengan mengaibkan orang. Satu lagi gunalah muka anda tu jangan takut pamerkan muka masa komen entri.

{ 9 comments.. read them below or add one }

AizA AizA 23 Februari 2011 10:48 PG
relaxlah... sy ni lagilah baru join dunia blog... tapi macam2 anon yg datang... sedih sesangat.. tapi be cool... mereka tu baik... kerana menegur dengan pandangan yg kadang2 kita tak perasan...
sabar ya..
SaYraH WonDerLanD SaYraH WonDerLanD 23 Februari 2011 10:56 PG
Ammar : nampaknya Ammar faymes sebab tu la ada cik Anon x puas hati. Hakhakhakhak. Biar la dengan cik Anon tu . Let her/him be

btw pasal facebook kena block tu da byk company/U yang buat macam tu. Mungkin xnak orang leka main facebook barangkali?
apezs shah apezs shah 23 Februari 2011 10:59 PG
no komen sgt pasal ni sbb pernah kena cuma fikir positiv jela..
malas nak melayan kerenah sangat sbb masing2 not perfect.. masing2 punya pendapat.. ;)
Chieda Hafiz Chieda Hafiz 23 Februari 2011 11:23 PG
macam-macam hal... kes jeles n dengki la tu..
Wafiy Suzly Wafiy Suzly 23 Februari 2011 11:34 PG
sapa blogger jangkaan tu?wafi? :'(
A.s.t.i.n.a A.s.t.i.n.a 23 Februari 2011 11:42 PG
psstt psstt.... jgn rungsingkan sal anon tu Mar.. dia suka kalau Ammar ambil kesah cenggini..
efa efa 23 Februari 2011 11:55 PG
uit anonymous tu blogger jgk ka uish...tak taw plak igt anonymous tu tetiba ja klik blog kita terjumpa pastu komen igt tak da blog rupanya ada uish abaikan lah org cmtu =)
BuDaK JaWa BuDaK JaWa 23 Februari 2011 12:56 PTG
Belajarlah menerima & melepaskan dengan hati & tangan yang terbuka.
Penyair SenjA Penyair SenjA 23 Februari 2011 1:35 PTG
buat tak tau je.......lain padang lain belalang...;)