17 Feb 2011

Apa Itu Erti Cinta


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca semua.



Apa itu erti cinta? Jika ada yang bertanyakan kepada Ammar soalan tu Ammar akan jawab "cinta adalah anugerah yang paling berharga yang diberikan oleh Allah kepada manusia, tidak boleh dilihat, dipegang atau disentuh tetapi dapat dirasa oleh hati yang tulus suci mencintai." Merasa dengan hati itulah yang membuat orang tersiksa bila kecewa kerana cinta.



Ammar pernah bercinta,mencintai dan dicintai tetapi semuanya telah berlalu pergi kerana tiada keikhlasan dalam cinta itu. Ammar pernah kecewa, tersiksa jiwa dan raga disebabkan cinta. Terasa sangat sakit bila kecewa disebabkan cinta. Jika orang bertanyakan mana yang lebih sakit antara luka terkena pisau dengan luka hati disebabkan kecewa dengan cinta, Ammar akan menjawab luka dihati.



Sekarang Ammar hanya berserah pada takdir, takdir yang dapat tentulan segalanya. Cinta Ammar itu biarkan berlalu pergi dan terus pergi. Ammar tidak akan lagi mengejar cinta itu lagi kerana Ammar sangat yakin cinta akan datang tanpa dicari. Cinta itu bukan meminta tetapi cinta itu memberi. Rugilah cinta Ammar jika Ammar terlalu memberi kepada insan yang langsung tiada sifat menerima seadanya.



Dulu Ammar terfikir kenapa orang cakap cinta jarak jauh ni tidak boleh dan tipis untuk berjaya. Untuk membuktikan kepada orang yang berkata begitu Ammar pun cuba buktikan kepada merekan bahawa cinta jarak jauh ni boleh. Tetapi akhirnya usaha Ammar untuk membuktikan cinta jarak jauh itu boleh tidak terhasil. Ammar tertanya-tanya adakah kata-kata mereka itu semua betul? Masih mencari-cari jawapan itu tetapi belum ditemui kerana kegagalan dalam usaha pertama.

16 ulasan:

woot-woot berkata...

hee cari cinta yang atas tu je ^^

ironmax berkata...

cinta-antara dua hati..memberi dan menerima..itulah anugerah Allah yg tidak terhingga. diciptakan seorang insan juga dari kemesraan dua hati:)semoga kita same2 berdoa agar cinta yg diberi mendapat keredhaanNYA..barulah kitadapat menerima segala pahit manisnye:)

ironmax berkata...

cinta-antara dua hati..memberi dan menerima..itulah anugerah Allah yg tidak terhingga. diciptakan seorang insan juga dari kemesraan dua hati:)semoga kita same2 berdoa agar cinta yg diberi mendapat keredhaanNYA..barulah kitadapat menerima segala pahit manisnye:)

ironmax berkata...

cinta-antara dua hati..memberi dan menerima..itulah anugerah Allah yg tidak terhingga. diciptakan seorang insan juga dari kemesraan dua hati:)semoga kita same2 berdoa agar cinta yg diberi mendapat keredhaanNYA..barulah kitadapat menerima segala pahit manisnye:)

Sunah Mohammad berkata...

salam ammar~

cinta itu komitmen, bagaimana? :)

yayalya berkata...

terpulang kepada hati, tak kira cinta jarak jauh atau sebaliknya...msg2 kena jujur dgn pasangan :) cinta tu bukan untuk sehari tp untuk selamanya.

singgah semula disini...

Awan Biru berkata...

Cinta itu buta namun tidak pula membutakan. Cinta itu tuli tetapi tidak pula mentulikan. Cinta itu bisu tetapi tidak pula membisukan. Cinta ibarat sepasang tangan, sepasang kaki, sepasang mata, sepasang telinga, saling lengkap-melengkapi antara satu sama yang lain.

chii berkata...

semoga akan peroleh cinta yg sejati dan hakiki..insya Allah..sblm mencintai org lain..cintailah diri sendiri dulu dan juga Yang Maha Esa..itulah cinta yg xkan hilang sampai bila2

husna mukhtar berkata...

sy dgn bf sy cinta jarak jauh.
sy kt kedah. dia kt pahang.
harap2 btahan la ye :)

AMMAR YASIR berkata...

@woot-woot Cinta dari Allah kan? Thanks

AMMAR YASIR berkata...

@ironmax Ya..itu dia luahan ikhlas.. Thanks

AMMAR YASIR berkata...

@Sunah Mohammad W;salam... setuju 100%

AMMAR YASIR berkata...

@yayalya Tapi susah nak cari yang jujur tu

AMMAR YASIR berkata...

@Awan Biru Mahal ayat ni..hehehe... Terima kasih.... nak pinjam ayat ni boleh? Nak letak kat fb

AMMAR YASIR berkata...

@chiiBetul tu..terima kasih

AMMAR YASIR berkata...

@husna mukhtar Semoga bertahan sehingga kahwin