12 Feb 2011

Blogger Kaki Spam Part 2


Sambungan dari cerita ini.



Setelah post entri ini semalam ramai yang bagi pendapat dan pandangan termasuklah otai blogger iaitu Ben Ashaari. Terima kasih kepada yang sudi komen dan bagi pandangan. Setelah Ammar post entri pasal blogger kaki spam yang agak memanaskan telinga orang yang tegur Ammar dalam satu group tu dia pun datang baca entri ini dan meminta maaf atas komen tu.



Tadi bila buka Facebook dia minta maaf dengan Ammar kerana komen Ammar pasal spam tu. Inilah yang kita mahu dalam kalangan orang Melayu bila buat salah mintak maaf. Terima kasih kerana mintak maaf. Prinsip Ammar senang je, walaupun orang tu buat salah dengan Ammar sampai tahap cipan sekalipun kalau dia mintak maaf hilanglah marah Ammar kat dia. Tak mahu gaduh-gaduh seperti kata Ben Ashaari. Maaf adalah senjata yang melemahkan kemarahan Ammar.. Bhahaha..macam Clark Kent dalam cerita smallvile lah pulak, lemah bila dekat dengan batu meteor.



Pesanan Ammar kepada semua yang ada Fscebook mahupun blog, jagalah tingkah laku anda dan janganlah komen-komen sebarangan tanpa usul periksa kerana itu akan memakan diri anda sendiri. Buat apa nak komen-komen nak mengaibkan orang bukan dapat duit pun. Dapat dosa adalah. Ingat, jangan anggap sesuatu benda itu buruk atau jahat tanpa kita mengetahui isi didalamnya. Nilailah dari dalam dan bukan dari luar. Contohnya macam pages blog Ammar kat atas tu. Tajuk je panas tapi dalam sejuk je. Kalau tak percaya cubalah klik atas tu.



Facebook adalah lubuk promosi untuk blogger dan jika anda anggap Facebook hanya sekadar laman sosial anggapan anda itu meleset sama-sekali. Bagi blogger Facebook sangat berguna untuk promosikan blog mereka macam Bro ni. Blogger tegar tak akan buang masanya dengan chatting di Facebook kerana masa sangat berharga bagi blogger. Contohilah blogger ini.



10 ulasan:

Miss Ran berkata...

tahiah maaf adalh jlnnye

AMMAR YASIR berkata...

Miss Ran: Inilah yang kita mahu...mengaku kesalahan dan meminta maaf

chii berkata...

heheh..itu jln yg terbaek

Sunah Mohammad berkata...

good ammar~ saya sokong!

saiful berkata...

baguslah dah minta maaf,tak perlu gaduh2.

A.s.t.i.n.a berkata...

saya minta maaffffff ^^

AMMAR YASIR berkata...

chii : Memang tabik lah bro tu sebab dia sendiri mintak maaf..cayalah

AMMAR YASIR berkata...

Sunah Mohammad: Ammar pun sokong..hehehee

AMMAR YASIR berkata...

saiful : Betul tu...xnak gaduh-gaduh..xske ar gaduh2 ni

AMMAR YASIR berkata...

A.s.t.i.n.a : Nape plak nak mintak maaf ngan Ammar ni?