22 Feb 2011

Buang Iklan Di Blog? Patutkah?



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tadi Ammar baru je buat entri pasal dapat BE dari Nuffnang dan sekarang ni Ammar nak bercakap mengenai patutkah Ammar buang semua iklan di blog Ammar ini? Apa pendapat anda semua? Tadi Ammar sangat terasa sakit hati dengan komen dari Anonymous selepas Ammar buat entri bertajuk "Pemain Kelab Manchester United Datang Blog Aku" . Anon tu cakap Ammar tipu untuk tarik traffik dan dia cakap dapat duit dari Nuffnang tu tak berkat sebab tipu orang dengan tajuk gempak macam tu.



Ammar nak jelaskan disini bahawa Ammar suka sesuatu yang gempak bukan untuk tarik traffik atau tipu traffik tapi sekadar ingin ada keunikan sendiri. Sebagai contoh Ammar buat contest pasal alam sekitar tu tajuk bersama kita memelihara alam sekitar. Ada tak orang nak join contest Ammar tu? Tak ada kan kalau dia tak kenal blog Ammar ni. Lainlah kalau dia pembaca setia.



Kenapa orang sekarang ni kerana duit sanggup tuduh-tuduh orang dengan macam-macam tuduhan ek? Kalau rasa Ammar ambik duit dia sila bagitahu jumlah berapa. Sekali masuk blog Ammar ni dapat berapa sen? Meh sini Ammar nak bayar balik. 50 sen kan? Atau lebih lagi? Ammar akan bayar kalau nak. Bukan Ammar ni riak atau sombong tapi kalau itu boleh buat Anon tu senang hati Ammar rela buat.



Ammar menulis bukan untuk mengejar duit atau nak jadi kaya tetapi menulis ikhlas untuk menyampaikan info, kerana menulis adalah minat Ammar dari sekolah lagi sampai sekarang. Kalau ada yang tak puas hati dan tertipu dengan tajuk entri Ammar silakan keluar dari blog Ammar dan jangan komen-komen yang mengaibkan Ammar. Kalau dia rasa sebab masuk blog Ammar ni Ammar dapat duit tak halal boleh je Ammar nak buang iklan kat blog ni. Cakap je, Ammar akan buang kalau ramai yang suka.



Tak nak orang cakap buat blog dapat duit haram dan tak halal lebih baik buat blog tak dapat duit, hati tenang dan tak ada yang dengki Ammar dapat duit. Paling penting Ammar dapat menulis dengan tenang dan menyampaiikan info yang menarik dan berguna kepada pembaca setia. Pada pendapat anda patutkah Ammar buang semua iklan kat blog ni?

12 ulasan:

! Encik Nakal ! berkata...

adehh~~macam-macam..huhuhuu~sabar jer la bro~~

jemm..jemmm kalau kena cm ni

A.s.t.i.n.a berkata...

kalau dia betul2 yakin dengan nasihatnya, perlukah dia guna anon?

jgn melatah pd yg tak perlu k Ammar.. yg penting nawaitu..

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

sis pasang je..tp x pk duit tu bertambah atau x..hihi

Wafiy Suzly berkata...

wah ammar, sabar2 ye..

cunndaa berkata...

fuh....
anon mana la 2...
si anon 2 tu b4 ni x buat n3 gempak2 ke??

SaYraH WonDerLanD berkata...

Sarah ada baca komen Anon tu ammar. Dont worry ammar, Biarkan la cik Anon tu . Aish Tak berani nk pakai nama sendirik pakai nama cik Anon jugak.

FariehanIbrahim [LBC] berkata...

anon tu mcm lalat jerk, xyah nk hirau sgt,
rmai jerk blogger2 otai n xotai yg wat tjuk gempak.
chill oke ammar.
hepi bloggim. ^^

babykristal berkata...

buat je ikut kate hati...pergi mane2 org yang dengki ni x abeh2..japg dah buang ada yg xkena jugak..kesimpulannyer biar je si anon tuh hidup dgn dunia dengki dye..kite xrugi ape2 pon..chill ya.. ;)

babykristal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
babykristal berkata...

buat je ikut kate hati...pergi mane2 org yang dengki ni x abeh2..japg dah buang ada yg xkena jugak..kesimpulannyer biar je si anon tuh hidup dgn dunia dengki dye..kite xrugi ape2 pon..chill ya.. ;)

pak long berkata...

salam...
nak cakap sikit...bab pasukan MU ni ko jangan buat gempar tak tentu pasal bro..sebab peminat fanatiknya ghamai...carik la lain tajuk nak buat gempaq..nasihat pak long jer..bukan nak ajar amar..

miss ANGIN berkata...

sabar . manusia / biase la. yang baik d jd kan pengajaran :)