22 Feb 2011

Buffered Earnings Keempat




Alhamdulillah selepas hampir sebulan BE menyepi dan menjadi ME akhirnya hari ini dapat jugak satu lagi BE. Bukan senang nak dapat BE yang satu ni sebab 2-3 hari ni Ammar asyik duk pujuk Nuffnang je akhirnya dapat jugak. Terima kasih Nuffnang sebab bagi kepercayaan untuk letak iklan berbayar ni kat blog Ammar.



Macam mana Ammar pujuk Nuffnang? Senang je, up traffik blog, selalu update survey, rajin update blog, hantar tiket cadangan iklan kat Nuffnang dan bagi cadangan kat Nuffnang untuk peraduan Nuffnang dan sama waktu dengannya. Tapi kena ingat satu je, kalau tak berjaya teknik ni jangan cepat putus asa cuba lagi sampai berjaya kerana Allah suka kepada orang yang sabar.



Peringatan kepada blogger semua, menulis blog ini janganlah terlalu mengejar duit sangat, kena ikhlas barulah rezeki itu datang dengan sendiri dan berkat. Keberkatan itu sangat penting sebenarnya. Jangan cepat dengki dengan orang dan suka komen-komen yang menyakitkan hati orang dekat blog. Ingatlah kita bukanlah insan yang sempurna sangat. Manusia adalah insan yang kerdil dan tidak lari daripada membuat kesilapan.



Satu lagi Ammar nak pesan kepada yang rasa-rasa nak jadi kaya dengan buat blog hanya letak iklan Nuffnang tu buang jauh-jauh lah angan-angan tu. Nak kaya pergi buat cara lain je. Banyak lagi cara lain kalau nak kaya contohnya jual barang melalui blog, buat perniagaan online dan sebagainya. Tapi kalau berangan-angan nak kaya dengan sekadar letak banner-banner iklan dari syarikat pengiklanan tak payah lah. Buang jauh-jauh benda tu semua.



Duit melalui blog? Bagi Ammar duit bukanlah perkara yang sangat penting dalam dunia blog Ammar. kerana duit ramai blogger-blogger jadi bodoh, gila duit, tuduh orang macam-macam lah, makan duit haram lah dan sebagainya. Ammar paling benci orang yang taksub dengan duit tanpa memberi kebaikan kepada orang lain. Nak taksub dengan duit boleh tapi ikutlah aturan-aturan agama dan janganlah tersasar dari landasan agama.



Ada orang dengki ke Ammar dapat duit dari Nuffnang ni? Dengki sangat-sangat ke? Kalau dengki sangat-sangat Ammar rela bagi duit tu kepada orang yang dengki bagi menghilangkan dengki tu. Apa yang best sangat dengan dengki ni? Pelik lah dengan manusia zaman sekarang ni macam-macam hal. Dalam dunia blog Ammar sekarang yang Ammar kejar adalah menjadi penulis blog yang berjaya, berjaya yang macam mana? Berjaya menarik ramai pembaca dan ramai orang suka membaca hasil penulisan blog Ammar ini. Tujuan Ammar adalah menyampaikan dan bukan untuk meminta wang atau imbuhan.



Sejak zaman sekolah lagi Ammar sangat minat dengan bidang penulisan dan sebab itulah Ammar jadikan blogging ni sebagai perkara yang Ammar suka dan tiap-tiap hari Ammar akan cuba update blog dan tak akan membiarkan idea itu pergi dan terus hilang. Blog adalah sebahagian daripada hidup Ammar sekarang ni. Dengan menulis Ammar dapat menghilangkan tekanan , stress dan sebagainya. Blog adalah aura positif yang dapat menolak aura negatif yang ada dalam diri Ammar ini.



Nota kaki: Jika ada yang terasa tertipu atau ditipu dengan tajuk entri Ammar tu Ammar mintak maaf kerana itulah Ammar. Ammar suka benda yang gempak dan tak suka benda yang biasa dan kurang gempak. Kalau nak cop Ammar ni blogger penipu Ammar tak kisah pun, padam terus blog Ammar dalam senarai blog anda senang cerita. Tak payah nak kutuk-kutuk Ammar, Ammar tak suka dibenci dan membenci.

8 ulasan:

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

tahniah.. rezeki tu

Siti Nur Amirah berkata...

tahniah..nuff saya posen2 je..its okey..;') hehe

Nina Juliana berkata...

benar, blog bukan tempat nak cari gaduh, tapi tempat utk berkongi cerita dan bertanya pendapat.. tapi, ada juga yang menyalah ertikan antara pertanyaan, pendapat dan kutukan..

Anak Ulu Cheka berkata...

assalam ammar

biasa la tu ammar ni lah dunia tanpa sempadan macam2

athirahzaki berkata...

wah, tahniah ammar.
nuff saye lagila, 0.00, haha.

Wafiy Suzly berkata...

ammar, adoi, kenape nii..

fazreen berkata...

macam maner nie...saya dah dftr nuff..tapi still dier suroh cek kat spam folder..??

Mama Zharfan berkata...

actually ada jer org jd kaya dgn nuff--tapi may be bilangannya boleh kira dgn jari--cthnya red mummy--income nuff setiap bulan belas2 ribu tau..

tp we only have one red mummy kat msia..blogger2 otai lain, they make like 1 or 2 thousand monthly--not bad kan...even blogger remaja mcm cik epal, she makes like 1-2k ringgit monthly from nuffnang..byk tu...so boleh buat duit dgn nuff, tp tak ramai yg capai level red mummy or cik epal (cik epal now followres dh cecah 11k lebih)