18 Feb 2011

Bukan Senang Jadi Blogger




Teringat masa mula-mula jadi blogger dulu. Tiap-tiap hari online, blogwalking sana-sini, komen blog tu blog ni, dari pagi sampai petang, lepas tu sambung pulak malam. Ada jugak satu hari tu langsung tak tidur sebab asyik duk blogwalking cari ilmu pasal blog dan tinggalkan jejak. Kata orang bukan senang nak senang, tiada jalan pintas untuk senang dan berjaya melainkan usaha.


Setelah hyper aktif sebagai blogger selama 11 hari akhirnya Ammar dapat follower seramai 147 orang di entri ini. Satu kejayaan yang besar bagi Ammar sebab pada mulanya nak target dapat follower 100 je sebelum tahun 2011. Ammar start blogging tak silap 10/12/2010 kot. Masa mula-mula blogging memang tak tahu apa-apa lagi. Tak kenal pun dunia blogging ni. Bila jalan blog tu jalan blog ni barulah Ammar tahu serba sedikit pasal blog ni.


Mula-mula blogging orang yang sering bagi nasihat pada Ammar adalah Ben Ashaari. Banyak entri-entri dia pasal nasihat untuk blogger. Nasihat itu sangat berguna bagi Ammar dan rasa macam dihargai sangat. Sangat teruja bila link blog Ammar ada dalam blog Ben Ashaari setelah join segmen beliau. Ben Ashaari memang blogger yang peramah, baik budi bicara dan suka tolong blogger baru.


Selepas tu Ammar pun kenal dengan blogger lain pulak seperti Abang Eqbal Zack, Cik Tom, Encik Nakal, dan sebagainya yang banyak mengajar Ammar tentang dunia blog ni. Abang Eqbal adalah contoh blogger dalam pendidikan kerana beliau merupakan pelajar jurusan PhD di sebuah Universiti. Selain itu dalam blog beliau banyak memberi motivasi dan semangat kepada blogger supaya terus belajar.


Nasihat Ammar untuk blogger baru kalau nak blog ramai pengunjung dan pengikut elakkan buat entri pasal diri sendiri kerana tiada siapa yang nak baca kalau kita ni blogger baru. Taktik pertama adalah buat entri-entri pasal info, tutorial dan benda yang unik yang belum orang tahu. Selepas ramai orang kenal barulah boleh tulis pasal kehidupan kita dan sebagainya. Yang paling penting biar orang kenal kita dulu. Ciptalah identiti yang unik bagi menarik ramai pengunjung.

12 ulasan:

Warna Warni Kehidupan berkata...

like...bagus untuk orang baru macam sayee

ieka darlink berkata...

ika pon blogger baru.
bulan 6 tahun lepas baru ade blog..hehe.
memang susah. sangat susah untuk buat orang kenal blog kita kan.
yang penting kita kene usaha.
even follower dah baratus pon kita tak boleh berenti blogwalking.
nanti orang kata kita sombong then dorang unfollow plak. heheh.
keep it up. bro. :)

Wafiy Suzly berkata...

bgus entri ni..

eqhaZIN berkata...

entry yg terbit hati.
mak like ;)

A.s.t.i.n.a berkata...

Tahniah Ammar.. anda berhak kerana rajin hapdet..

Awan Biru berkata...

Saya pun baru lagi. Masih hijau. Lagi satu, kalau ada komuniti contohnya macam SYOKNYERBLOGGING, jangan malu untuk sertai kerana dari situ kita boleh meluaskan pengetahuan dan meminta pendapat BLOGGER lain.

AMMAR YASIR berkata...

@Warna Warni Kehidupan Terima kasih

AMMAR YASIR berkata...

@ieka darlink betul...susah nak buat orang kenal blog kita ni

AMMAR YASIR berkata...

@Wafiy Suzly Terima kasih Wafi

AMMAR YASIR berkata...

@eqhaZIN Bhahaha.. memang pun..dari hati ni

AMMAR YASIR berkata...

@A.s.t.i.n.a Terima kasih banyak-banyak

AMMAR YASIR berkata...

@Awan Biru Betul... Ammar pun join jugak syoknya blogging