Cara Mudah Mengenali Barang Tiruan




Tak sia-sia pergi kelas petang tadi walaupun masuk lewat sebab terlalu asyik blogging. Petang tadi kelas Purchasing Management(Pengurusan Pembelian) iaitu subjek yang best untuk sem ni sebab Pensyarah yang ajar tu best lah. Tadi dia ajar pasal definisi pembelian. Ada info yang menarik yang Ammar dapat dari kelas tadi untuk dikongsi dengan anda semua iaitu cara untuk mengenali barang tiruan dengan mudah dan cepat dan tidak perlu menggunakan pengimbas barcode macam gambar kat bawah ni.



Kita sering tertipu dengan barang yang tiruan ataupun barang original. Sebagai contoh banyak barang-barang yang dibeli kurang bermutu dan tidak berkualiti sebagai contoh barang dari China. Cara mudah untuk kesan barang itu tiruan atau original adalah dengan melihat barcode barang itu seperti contoh gambar diatas ini. Gambar diatas menunjukkan barang keluaran dari negara Taiwan. Bagaimana Ammar dapat mengetahui barang ini dari Taiwan? Senang sahaja caranya dengan mengetahui barcode itu.



Setiap negara mempunyai barcode tersendiri dan barcode itu tetap dan tidak boleh ditipu. Jika di scan menggunakan alat pengimbas barcode di bawah ini kita tidak dapat lagi menipu barang itu original atau palsu. Mungkin anda tertanya-tanya macam mana nak dapatkan alat pengimbas ini untuk kesan barang tiruan. Usah risau kerana anda tidak perlu membeli alat ini untuk mengesan barang tiruan tetapi anda perlu menghafal atau mengetahui barcode itu datang dari negara mana. Di bawah ini Ammar senaraikan barcode mengikut negara.



China: 690******- 692*******

USA&Canada: 00******- 09*****

Taiwan: 471******

Perancis: 30****- 37****

Japan: 49****

United Kingdom: 50*****



* adalah tanda bla...bla...bla.....
- adalah tanda sehingga...



Cukup jelaskan penerangan Ammar ni? Selamat mencuba dan jadilah pengguna bijak.






{ 22 comments.. read them below or add one }

lynn angel lynn angel 17 Februari 2011 8:17 PTG
waahh.. info yg menarik.. tq for the sharing.. ^___^
SaYraH WonDerLanD SaYraH WonDerLanD 17 Februari 2011 8:31 PTG
wah wah wah..thx utk info ni
kena print bar code tu
pastu waktu shopping kene tgk!
baru la tak terkena beli barangan tiruan !
A.s.t.i.n.a A.s.t.i.n.a 17 Februari 2011 8:46 PTG
tak sempat nak menengok pun kalau membeli..
s.y.a.r.q s.y.a.r.q 17 Februari 2011 9:01 PTG
owh.pernah dengar pasal barcode ni dulu.tapi tak penah hafal pon, setiap kali beli, lupa nak tengok bar code.

ngeeeee.SO, next time kene tgok barcode dulu.Thanx sbb mengingatkan!!
(^_^)
qasehraihan qasehraihan 17 Februari 2011 9:07 PTG
wah nice info~!:-)

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/02/single-but-not-available.html
MiSs F.A MiSs F.A 17 Februari 2011 9:32 PTG
thx for the info ^.^ x penah tau pun..huhu
chii chii 17 Februari 2011 10:57 PTG
mak aih..nk kena ingt no2 la plak kan..ehehe...
rizaros rizaros 18 Februari 2011 8:48 PG
maceh bg info :)
salam pkenalan.. dah follow.. jom follow sy jgak.. datang dr blog abg ben :) maceh..
Awan Biru Awan Biru 18 Februari 2011 12:02 PTG
Nice entry.
Kalau produk Malaysia bermula dengan 955 dan ada juga 977.
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 18 Februari 2011 7:27 PTG
SaYraH: Welcome..ok jugak buat mcm tu..hehehe
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 18 Februari 2011 7:28 PTG
A.s.t.i.n.a: Tapi kalau beli barang mahal wajib tengok tu
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 18 Februari 2011 7:28 PTG
s.y.a.r.q: Welcome..cubalah hafal barcode tu..ngee
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 18 Februari 2011 7:30 PTG
MiSs F.A: Welcome..kena ambik tahu hal ni
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 18 Februari 2011 7:30 PTG
chii: Bhahaha..cuba lah ingat
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 18 Februari 2011 7:31 PTG
rizaros: Terima kasih sebab follow Ammar
NONTON FILM ONLINE NONTON FILM ONLINE 4 November 2016 1:10 PTG
makasih gan buat penjelasanya,,,
saya jadi paham,,dan bisa membedakan,,