2 Feb 2011

Cara Nak Pikat Blogger Datang Ke Blog Kita




Jangan tiru aksi di atas untuk pikat blogger datang ke blog kita. Buat muka ayu macam tu bukan blogger lain nampak pun.bhahahaha...... Tengok kat bawah ni ya:



1. Walaupun entri kita tak best langsung untuk dibaca kita dapat jugak tarik blogger datang ke blog kita dengan memberi komen entri blogger lain. Tapi pastikan komen tu janganlah komen kosong yang mengarut. Bagilah komen menarik hati blogger contohnya kalau tak ada idea sangat nak komen blog orang tu gunalah komen seperti "menarik entri ni, terima kasih sebab kongsi" atau cantik blog ni. Mesti blogger tu rasa dihargai kan? Bila dia rasa dihargai lebih senang lah hati dia terbuka untuk datang ke blog kita. Kan?



2. Komen di shout box. Pastikan komen tu jangan komen memaksa blogger datang ke blog kita contohnya seperti "jom datang ke blog saya". Sudah tentu blogger tu rasa meluat dengan kita sebab datang ke blog dia cuma nak tinggalkan link je. Cara tu sangat tidak berkesan untuk menarik blogger datang ke blog kita. Cara yang sesuai adalah macam ni "datang sini nak tengok-tengok entri menarik". Barulah blogger tu tertanya-tanya anak sape ni yang bagus sangat. Kan? Jadi bila blogger tu ada perasaan ingin tahu mestilah dia datang ke blog kita. Kan?



3. Cara ketiga ini mungkin susah sikit bagi blogger yang baru atau kurang berpengalaman. Caranya adalah buat entri yang menarik. Sebagai contoh bila blogger-blogger lain tengok tajuk entri kita je terus dapat menarik perhatian dia. Pastikan entri kita itu berkualiti dan berkesan. Jangan sekadar entri kosong yang tiada makna langsung buat blogger-blogger lain. Entri kosong biasanya boleh memburukkan reputasi kita sebagai seorang blogger.

27 ulasan:

yatie's EPISODE berkata...

yup2. betul tu~ great info! thanx sbb share. (:

norsharmila berkata...

pttla en ammar byk follower ea ;)

♥ Mrs.Eady ♥ berkata...

wah..baru tau cara-cara ini sb ku ni mmg tak reti nk tarikkk org nie..:)

btw..tq ye.

Siti Fatimah Fuzz berkata...

wah..info yang bgs...(mcm ni eyh??hehe...)...cik siti tgk keblakangan ni, ramai yang tulis mcm ni, "i follow u..u follow me"...kadang cik siti meluat gak la..huhu

Sasa Al-Sharif berkata...

ekceli ramai jgk guna cara paling teratas tu. malah ramai yg dah jadi femes. langkah2 lain tu pun ada benarnya :)

lg satu cara, utamakan persahabatan berbanding kebingungan bw

eqbalzack berkata...

bagus info ni. tapi yg paling penting sehebat mana pun kita, kena merendah diri dan jgn sombong..ok

Puteri Iqa Izyan berkata...

yeah.setuju ngn abang eq :D

tp cara penulisan pun penting jugak.
kalau ayat je memanjang, orang cepat bosan =.=

||aLeaSaRa|| berkata...

"yuhuu sggh sini support n3 kwn2 yehaa!"~itu mmg tagline kite tiap kali sggh balas.suka baca dan tgglkan komen.kite tak suka paksa kwn2 utk sggh atau follow.alhamdulillah berkat kerajinan meninggalkan komen,kwn2 bertambah dan sggh ke blog.cuma kat office ssh nk bw.tgu cuti esok..wachaa...mmg nk update n3 byk2 yehaaa!

::Dinie's Pink=]:: berkata...

olalala..btul2....hehehe..tp nk update entry mls skrg ni..juz bce entry blogger2 je...

nurul ain berkata...

tengs fer da info ^^

Anis Akhir berkata...

info yg bgus...:) blh try ni...hehe

AMMAR YASIR berkata...

yatie's EPISODE: Thanks sebab sudi datang sini.

AMMAR YASIR berkata...

norsharmila: Tak banyak sangat pun..sikit je

AMMAR YASIR berkata...

♥ Mrs.Eady ♥ : Hahahaha...welcome.. Thanks sudi datang sini

AMMAR YASIR berkata...

Siti Fatimah Fuzz: Ammar pun meluat jugak..bhahaha

AMMAR YASIR berkata...

Sasa Al-Sharif: Betul tu..sangat setuju

AMMAR YASIR berkata...

eqbalzack: Terima kasih atas nasihat Abg Eqbal tu.

AMMAR YASIR berkata...

Puteri Iqa Izyan: Betul tu... cara penulisan kena ada identiti sendiri baru gempak.

AMMAR YASIR berkata...

||aLeaSaRa||: Alhamdulillah syukur...

AMMAR YASIR berkata...

::Dinie's Pink=]:: Update je entri tu..seperti kata Ben Ashaari. Pastikan update tiap2 hari. 1 entri pun dah cukup supaya blog tu tak mati

AMMAR YASIR berkata...

nurul ain: Welcome

AMMAR YASIR berkata...

Anis Akhir: Try lah.. Insyaallah berhasil

rafiza ruslan berkata...

ok i try.

maceh 4 diz info k.

:)

Halim berkata...

Walaupun hanya 1 idea... tp berdasarkan trafik ke blog ammar yg byk ni, sy pasti ianya idea yg bagus.
Terima kasih utk info ni.

Urut Batin321 berkata...

menarik idea ini.. t.kasih krn kongsi

Nur Adilla berkata...

Saya suka entri ni,btw,cntik la blog ni..kadang2 sy singgah la gak ke blog anda :)

iman nabilah berkata...

idea yang menarik,saya mesti cuba ^_^
terima kasih :)