Cara Untuk Mengenali Pengunjung Setia Blog




Pengunjung blog adalah aset paling penting untuk sesebuah blog. Tanpa pengunjung sesebuah blog itu tidak akan hidup dan kosong. Tidak hairanlah jika ramai blogger mengejar traffik blog bagi menghidupkan blog mereka. Tetapi pengunjung blog sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pengunjung setia dan pengunjung tidak setia.



Jika sesebuah blog itu menceritakan tentang tips-tips untuk blogger atau cara untuk mendapat duit dengan blog sudah pasti akan mendapat traffik yang tinggi berbabding cerita biasa. Cara untuk mengetahui pengunjung setia blog adalah bila kita buat cerita biasa pasal diri kita. Ammar yakin dan pasti pengunjung blog akan berkurangan berbanding bila kita buat tips-tips atau tutorial pada blog. Pengunjung yang sudi datang ke blog kita semasa kita buat cerita mengenai diri kita itu lah pengunjung setia blog kita sebenarnya.



Pengunjung setia berperanan penting untuk mengekalkan traffik harian sesebuah blog kerana dengan kehadiran pengunjung setia inilah kita akan pasti mendapat traffik bila mengupdate blog. Setiap blog ada resepinya sendiri. Lihatlah blog Cik Epal contohnya, blog itu ada resepinya sendiri kerana walaupun Cik Epal selalu menceritakan kisah hidupnya tetapi masih ada pengunjung yang ramai. Itulah yang dinamakan pengunjung setia blog.

{ 16 comments.. read them below or add one }

A.s.t.i.n.a A.s.t.i.n.a 14 Februari 2011 8:00 PG
kesetiaan itu perlu dalam perhubungan..*saya pun tak tau motif komen ini*
chii chii 14 Februari 2011 8:54 PG
hehe..manusia ni kadang2 suka nk amik tau pasal kisah seseorg.chii nya kenalan dr kronikus.kebanyakkan wat kisah peribadi.n mmg pengunjung setia semakin hari semakin bertmbh..lbih2 lgi gaya bhs yg sgt mencuit hati =D
Ina Ina 14 Februari 2011 9:50 PG
rezeki memasing..kadang-kadang kita usaha keras juga..tapi, tak nampak hasil...
http://inanazir.blogspot.com
sicKo^ sicKo^ 14 Februari 2011 10:12 PG
tapi klau macam aku, memang aku rajin jenjalan kat blog yg aku folo.. citer apa pun tak kesah.. asalkan ada update :P
fiza fiza 14 Februari 2011 12:34 PTG
Stuju ngan ina, Klo dah popular dan ada pengikut setia, citer apa pon org tetap nak baca.
Wafiy Suzly Wafiy Suzly 14 Februari 2011 2:03 PTG
ammar..wafiy ni kira setia tak? :PP
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Februari 2011 2:46 PTG
A.s.t.i.n.a: Bhahaha... perhubungan apa tu Astina?
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Februari 2011 2:47 PTG
chii: Semoga selepas ni lebih lagi pertambahan tu.. All the best
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Februari 2011 2:49 PTG
Ina: Bak kata pepatah jangan study hard tetapi study smart... Sama macam ni jugak.. Kita kena cari resepi dulu baru dapat tarik pengunjung setia tu
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Februari 2011 2:50 PTG
sicKo^: Baguslah macam tu..blogger inilah yang kita mahu
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Februari 2011 2:51 PTG
fiza : Contohya macam blog Ben Ashaari dan Cik Epal kan?
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Februari 2011 2:51 PTG
Wafiy Suzly: Wafi? Mestilah setia..hehehe
Wafiy Suzly Wafiy Suzly 14 Februari 2011 4:18 PTG
heh..tu yang nak dgar tu ammar..:D
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Februari 2011 5:55 PTG
Wafi: Bhahaha..wafi ni nakal jugak ek...
Sya Isya Sya Isya 15 Februari 2011 11:24 PTG
erk, follower blog Sya dulu rajin baca dan komen walaupun entri peribadi. Tapi sejak blog tu bertukar sikit niche nya, suasana dah berubah. Kurang dah diorang nak datang baca. Tapi Sya pun x berapa kisah, bagus juga tak baca, so tak lah malu sangat. Tapi bila tengok kat statcounter ada visitor datang dari pakcik google, lepak kat blog Sya, dan baca sampai 40 entri peribadi Sya...Alamak!. Terkejut beruk, eden!. Huhu..tiba2 terdetik di hati "best sangat ke baca cerita peribadi aku ni?". Entahlah kan, taste masing2. Sya sekadar meluahkan rasa dengan menaip di blog. Tapi bukan semua yang berlaku dalam hidup dirakamkan dalam blog tu. Semuanya difikirkan dulu semasak2nya sebelum menaip.
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 16 Februari 2011 11:34 PG
Sya Isya: Sya sepatutnya kekalkan gaya penulisan macam dulu. Memang majoriti silent reders suka baca cerita peribadi kita.