Contest Jikalau Aku Doraemon




Contest datang lagi dan saat join contest ni lah yang Ammar suka sangat sebab masa ni lah boleh nak merepek sikit. Tajuk pun dah buat Ammar gembira bila baca. Tajik jikalau aku Doraemon. Memang best lah contest ni, unik dan tersendiri dan tiada klon dari blogger lain. Contest yang macam ni lah yang ramai orang suka. Ada kelainan daripada orang lain.



Jikalau Ammar jadi Doraemon Ammar nak guna pintu kembali ke zaman dahulu. Bila dapat kembali ke zaman dahulu Ammar nak ngorat balik awek comel yang Ammar suka dulu. Dulu ada hati je kat awek tu tapi tak pandai nak tackle awek tu sebab ayat tak sepower macam sekarang ni. Tak sangka pulak boleh jadi macam ni sekarang. Dulu Ammar ni budak baik je, pendiam dan tak suka ganggu orang. Kalau boleh nak jadi budak nakal lah baru best macam Encik Nakal tu.



Bila nakal sikit baru boleh ngorat awek comel tu sebab dulu Ammar simpan je perasaan tu dan akhirnya terlepas macam tu je. Sekarang dah tua dah tak boleh dah nak tackle dia balik. Kalau boleh Ammar nak guna alat dalam poket ni untuk jadi muka macam Justin Bieber ke mesti ramai awek-awek yang minat, best jugak kan? Tapi Ammar nak pastikan Nobita tak lahir lagi masa tu sebab takut nanti dia ambik semua alat-alat yang berguna dalam poket Ammar ni. Nobita tu dahlah gedik, ada masalah sikit nak mengadu kat Ammar. Siapa suruh cari pasal dengan Giant padan muka kena tumbuk.



Kalau boleh lagi Ammar nak guna roket kat dalam poket ni untuk ke bulan dan Ammar menjadi angkasawan pertama Malaysia yang jejak kaki kat bulan dan biarkan Doktor Syed Mudzafar ternganga tengok Ammar naik roket sorang-sorang pergi bulan. Sampai kat bulan Ammar ingat nak singgah pergi plenet namet kejap sebab nak pergi jemput Piko datang bumi sebab Goku pesan dengan Ammar dulu kalau pergi bulan jangan lupa ajak Piko sekali datang bumi. Ammar terpaksalah pergi sebab takut jugak Goku mengamuk jagi Gorilla pulak nanti.



Sampai kat bulan Ammar nak tutup sikit bulan tu dengan selimut Ammar sebab takut kalau bulan mengambang penuh Goku jadi Gorilla kan. Mengamuk situ sini susah pulak terpaksa call Ultraman untuk lawan Gorilla jadian tu. Tapi kalau semua tu berlaku Ammar akan guna pistol penghapuas raksaksa yang ada dalam poket Ammar ni. Sekali tembak terus hilang dan bumi kembali aman.



Kawan yang di tag:



Nota kaki busuk: Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena yang hidup atau yang mati.



Nak join klik sini.

6 comments.. read them below or add one

! Encik Nakal ! ! Encik Nakal ! 22 Februari 2011 4:08 PTG
thnks bro tag aku~~klu aku sempat aku follow up~~tapi url link yang org bikin contest ni mna~~hehehe.

p/s~~uishh~~selamat hang tak jadi doremon~~klu tak..jemm..jemm~~hahaha
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 22 Februari 2011 4:33 PTG
@! Encik Nakal ! url kat bawah tu..nak join klik sini tu... Jem kalau akau jadi Doraemon bro..bhahahah....hancur dunia
Nurul Atika Nurul Atika 22 Februari 2011 4:49 PTG
waaa~ lawak gile..
hee~
kuat mengarut merepek kerepek gak ammar ni ek..

gud luck, k..
sicomot-comel sicomot-comel 22 Februari 2011 4:54 PTG
hahaha..

byk berangan nooo..keh3

gudluck ye ammar ;)