12 Feb 2011

Contest Percutian Terhebat Ku










Lokasi: Langkawi


Contest datang lagi. Kali ni Ammar join contest dari awek ni. Jom kita sama-sama join contest menarik ni. Gambar terpaksa Ammar letak dua sebab tak tahu pihak penganjur nak gambar sorang ataupun ramai-ramai.



Cerita mengenai percutian ini. Masa ni first time Ammar menjejakkan kaki ke Langkawi. Best sangat-sangat sebab pergi dengan kawan-kawan satu Kolej. Masa ni cuti semester. Apa yang hebat mengenai percutian ini adalah Ammar naik kereta kabel yang terpanjang dan tertinggi didunia, takut tengok bawah sebab tinggi sangat. Naik gunung tu, bukan naiki bukit. Selain itu kehebatan percutian ini terserlah lagi bila Ammar pergi ke perkampungan Mahsuri. Rasa macam pendekar zaman dulu pulak bila masuk sana.Bhahahaha....



Ada lagi yang hebat pasal langkawi ni. Ammar pergi jalan-jalan dekat bandar dan nampak ada sebuah kedai tu jual kereta Mercedes baru hanya dengan harga RM125000 je..biasanya kereta tu dekat negeri lain setengah juta. Barulah Ammar tahu yang Langkawi tak ada cukai jadi barang-barang import murah-murah lah. Hebat tak? Bhahahaha..



Kehebatan percutian ini terserlah lagi bila Ammar dengan rakusnya membeli belah di Langkawi disebabkan barang-barangnya yang murah-murah. Murah gila barang dekat Langkawi ni. Alang-alang pergi habis Ammar borong barang-barang yang berminat. Ammar terfikir jugak macam mana dia buat patung helang dekat dataran helang tu. Cantik dan hebat reka cipta tu.



4 Orang kawan yang di tag:

4 ulasan:

~NieZa~ berkata...

hebat2!!...naik krta kabel ek...
^_^
smoga bjaya ya..:)

blog-tips-kurus berkata...

best lepak L'kawi & merentas gunung Mat Chinchang ni..:-)

AMMAR YASIR berkata...

~NieZa~ : Bhahaha... harap-harap berjaya lah...hehehehe

AMMAR YASIR berkata...

blog-tips-kurus: Jom lepak sama-sama.... Ammar nak ikut