19 Feb 2011

Follower Blog Hampir 10000




Siapakah geranan orang yang dapat follower blog hampir 10000 ni? Ammar rasa anda semua kenal dia sebab dia ni terkenal dengan segmen di blog. Siapakah dia? Kalau nak kenal dia klik sini. Dah kenal? Hebatkan dia tu follower blog hampir nak cecah 10000. Mak ai, ramainya orang suka kat blog dia tu. Ammar pun suka jugak blog tu. Siapa yang tak kenal dengan Ben Ashaari kan? Blogger otai yang suka tolong orang. Semoga Allah murahkan rezeki kepada Bro Ben Ashaari.



Bukan susah pun nak buat baik kan? Cuma nak atau tak nak je. Kalau nak jadi blogger baik dan disegani ikutlah contoh Bro Ben Ashaari. Walaupun dia blogger terkenal tapi dia tidak sombong, sentiasa merendah diri dan suka tolong blogger terutamanya blogger baru. Kan best kalau semua bloogger kat alam maya ni macam Bro Ben Ashaari. Aman je nak blogging kan?



Tapi yang Ammar hairan dan peliknya walaupun Bro Ben ni baik tapi ada lagi orang yang tak puas hati dengan dia, dengki dan sebagainya. Kenapa manusia ada yang macam tu ek? Apa yang seronok sangat membenci orang atau kutuk orang? Dapat pahala ke? Dapat dosa ada lah. Kan? Percayalah, kalau kita ada perasaan benci kat seseorang tu jiwa kita tak akan tenang walaupun orang yang kita benci tu bersalah pada kita hati kita tetap tidak akan tenang kalau membeci orang itu.(ayat berbelit-belit)



Cara terbaik adalah memaafkan orang yang buat salah pada kita tu Insyaallah hati kita akan tenang dan mendapat pahala dari Allah. Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran dan tidak hairanlah kalau semua perkara sebegini berlaku. Tapi kita yang tentukan hidup kita, wajib bagi kita untuk tentukan hidup kita yang terbaik. Seperti kata Sis LM, HIDUP ITU INDAH. Kita dapat mecari keindahan hidup itu jika kita belajar memaafkan dan hati tenang.



Prinsip hidup Ammar tak suka orang benci Ammar dan Ammar tak suka benci orang. Bila Ammar benci seseorang hati Ammar tak akan tenang dan terasa sakit. Tapi bila Ammar cuba dan belajar memaafkan orang yang buat salah dengan Ammar, Ammar rasa tenang je jiwa ni dan dapat merasakan hidup ini indah. Sungguh indah ciptaan Tuhan, lagit, bumi, matahari, kehijauan daun dan udara yang segar sangat menenangkan jiwa yang kacau. Bersama kita mencari keindahan hidup itu.


6 ulasan:

Admin berkata...

gua pun suka lepak dekat blog bro ben jugak.. selalu wat segmen dan sentiasa rendah diri :)

AMMAR YASIR berkata...

Admin: Gua pun lepak kat situ jugak bro...tapi tak jumpa pun... Memang dia ni bagus, rendah diri

miss nana berkata...

saya pn join jgk..
jom follow saya..
>.<
http://missnanaindahouse.blogspot.com/2011/02/saya-punyai-500-1000-follower.html

Awan Biru berkata...

Memang best blog dia. Ada saja idea dia.

Yap, kita tiada hak untuk membenci dan dibenci sebab kita bukanlah siapa-siapa. Kita hanyalah manusia yang mungkin hina di pandangan Tuhan Yang Maha Pencipta. Bila-bila masa Dia boleh tarik nikmat yang diberikan-Nya.

AMMAR YASIR berkata...

@miss nana Ok..thanks..dah follow dah

AMMAR YASIR berkata...

@Awan Biru Ya..betul tu..sokong 100%