Forum Perdana: Cinta Adam Dan Hawa




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Ammar. Sebelum tu Ammar nak tanya pembaca blog Ammar, ada sesiapa yang tengah bercinta, pernah bercinta atau akan bercinta? Kalau ada jom kita sama-sama pergi dengar forum perdana dekat kolej Ammar malam ini. Ingat, pukul 9 malam ini. Jumpa disana. Tapi ada ke pembaca blog Ammar ni pelajar satu kolej dengan Ammar? Tak de kan? Kalau ada eloklah. Boleh pergi sekali malam ni. Mesti sejuk duduk dalam dewan teater tu nanti. Nak pakai baju sejuk ke tak ek?



Hari ni ada dua kelas je, pagi tadi dan petang tadi. Hari ahad paling full sebab kelas start pukul 8 sampai pukul 10 malam. Gila betul lah, semakin senior semakin banyak kelas dan subjek kena ambik. Sem ni 7 subjek kena ambik. Nampaknya semakin dah nak habis belajar semakin mencabar. Cabaran inilah yang best ni kan? Kalau tak ada cabaran tak bestlah macam belajar tadika je. Setuju? Belajar sebenarnya senang je kalau kena pada caranya kan? Kalau tak kena pada cara baca lah buku sampai satu hari pun tak boleh jugak nak jawab exam. Cara Ammar study bukan study hard tetapi study smart. Jiwa tenang je dan tak payah terasa bebanan belajar ni. Bila tengah study dan otak dan tak boleh terima Ammar akan stop dulu study dan study balik bila otak dah ok dan tak serabut.



Anda semua ada cadangan tak nak tanya apa dalam forum malam ni? Ammar tengah fikir soalan ni, susah betul lah nak fikir soalan pasal-pasal cinta ni sebab Ammar bukan bercinta pun. Masih single, solo, keseorangan dan yang sama waktu dengannya. Sangat best bila single ni sebab tak payah nak fikir pasal orang lain, tak payah nak jaga perasaan orang lain dan yang paling best super happy. Betul kan bila orang tak bercinta ni super happy. Kalau tak betul tak tahu lah nak cakap apa. Ammar bercakap berdasarkan apa yang Ammar rasa. Apa yang anda semua rasa? Kongsi-kongsilah kat sini.. Bawah tu je kotak komen.

{ 10 comments.. read them below or add one }

Wafiy Suzly Wafiy Suzly 16 Februari 2011 10:10 PTG
ammar..ce tny umo bpe laki ptot kahwin?hehe
faiz faiz 16 Februari 2011 10:48 PTG
perghhh...7 subjek..tak pernah sejarah aku ade 7 subjek satu sem..
Awan Biru Awan Biru 17 Februari 2011 10:12 PG
Belajar kena ikhlas baru masuk dalam otak. Single itu best apa sebab tak payah nak sesakkan kepala dengan masalah orang lain.
iera cluxiera iera cluxiera 17 Februari 2011 2:04 PTG
oo. cinta adam dan hawa..huhu
kite x satu kolej kan huhu huhu..