12 Feb 2011

Hosni Mubarak Letak Jawatan




Setelah 18 hari rakyat Mesir mengadakan demontrasi untuk menjatuhkan pemimpin kuku besi mereka iaitu Hosni Mubarak akhirnya lewat petang Jumaat(waktu Mesir) Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Presiden Mesir itu. Berita ini sangat mengembirakan rakyat Mesir dan seluruh dunia. Tahniah kepada rakyat Mesir kerana berjaya menjatuhkan pemimpin yang kejam dan zalim itu. Kuasa rakyat mengatasi kuasa pemimpin yang zalim. Rakyat berkuasa menentukan bentuk pemerintahan sesebuah negara itu dan biarlah rakyat memilih pemimpin mereka sendiri.



Sikap Hosni Mubarak yang sebelum ini keras kepala dan tidak ingin berganjak dari jawatan Presiden akhirnya memakan dirinya sendiri. Rakyat Mesir telah berjaya menjatuhkan pemimpin yang zalim ini. Pengumuman perletakan jawatan Presiden Mesir melalui sebuah televisyen nasional di Mesir semalam menggembirakan seluruh rakyat Mesir dan ada juga yang tidak percaya dengan berita itu. Takbir Allahuakbar kedengaran selepas pengumuman itu.



Pemerintahan Mesir diserahkan kepada Angkatan Tentera sebelum perlantikan Presiden baru. Diharap supaya tentera dapat mentadbir Mesir dengan baik dan saksama supaya Mesir kembali aman seperti dahulu. Berita mendapati Hosni Mubarak, (82 tahun) telah meninggalkan Kaherah dan melarikan diri ke Sharm el-Sheikh di Laut Merah. Tahniah sekali lagi rakyat Mesir kerana berjaya menjatuhkan Hosni Mubarak pemerintah zalim.

2 ulasan:

chii berkata...

ampeh je dia ni kan..da bp byk kemusnahan berlaku..baru nk undur diri...

patutnya..dorang tmbak je dia ni..

AMMAR YASIR berkata...

Jom kita tembak Hosni ni...bbhahahah... memang hampeh pun