26 Feb 2011

Jadi Jutawan Dengan Blog




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. Kali ini Ammar nak kongsi tips untuk menjadi jutawan dengan blog. Jika dilihat hari ini jumlah blogger di Malaysia semakin bertambah hari demi hari. Pertambahan jumlah blogger di Malaysia ini antara sebab utama adalah kerana blogger baru tahu atau mendengar cerita dengan blog mereka dapat menghasilkan duit dan menjadi seorang jutawan. Sebagai contoh orang Malaysia yang berjaya menjadi jutawan melalui blog adalah Irfan Khairi.



Ramai yang menganggap dengan menulis blog sahaja mereka boleh menjadi jutawan. Tanggapan itu jauh sekali terpesong kerana bukan blog menjadikan seseorang itu jutawan. Blog adalah perantaraan atau sekadar medan iklan untuk peniaga yang bakal menjadi jutawan. Jangan menganggap hanya dengan meletakkan iklan di blog seperti iklan Nuffnang contohnya anda dapat menjadi jutawan. Perkara yang penting untuk menjadi jutawan melalui blog ialah menjual produk atau perkhidmatan di blog.



Produk atau perkhidmatan itu perlulah lain dari yang lain untuk cepat menjadi jutawan kerana pengguna lebih suka produk yang unik dan lain dari yang lain. Jadilah ketua atau pemula kepada barangan itu kerana pemula sesuatu produk lebih diingati berbanding pengikut sesuatu produk. Sebagai contoh ketua bagi minuman berperisa koko adalah MILO, jualan buku melalui internet adalah Amazon, makanan segera adalah Meggi dan sebagainya.



Hari ini semakin ramai blogger-blogger yang menjual produk seperti baju, buku, tudung dan sebagainya di internet tetapi jarang diantaranya yang menjual produk lain dari yang lain atau menjadi ketua atau pemula sesuatu produk itu. Ahli perniagaan merupakan seorang yang kreatif dan sanggup menanggung risiko dan tidak hairanlah jika mereka rugi hari ini dan akan untung pada masa yang akan datang. Sifat kreatif itulah yang menjadi kunci kejayaan kepada ahli perniagaan berjaya.

3 ulasan:

A.s.t.i.n.a berkata...

blog hanya infra.. untuk mereka yang berniaga...

Hishyamuddin berkata...

yeahhh...setuju

Apiq Putra berkata...

pioneer la nie.klau kita pikir coklat malt kita ingat MILO,klau mee segera MAGGI.satu2 product yg x da pesaing stkat nie POLIDENT.btul kn?