24 Feb 2011

Jom Balik Kampung




Pejam celik pejam celik hari ni dah hari khamis, cepat je masa berlalu sampai Ammar pun tak perasan. Dah dua minggu tak balik kampung ni, rindu sangat kat mak, ayah, adik-adik. Mujurlah Ammar ni belajar tak jauh sangat dengan kampung Ammar kalau belajar kat Sabah, Sarawak tak tahu lah macam mana nanti. Ammar kan anak manja walaupun anak sulong.



Dulu masa kecik-kecik Ammar selalu je nak ikut mak Ammar. Mak nak pergi situ nak ikut nak pergi sana nak ikut dan ada satu hari tu mak Ammar nak pergi Johor hantar mak saudara pergi belajar dan mak tak bagi ikut, Ammar menangis dan sorok selipar mak Ammar. Ingat boleh lah ikut tapi akhirnya tak boleh ikut jugak. Sedih sangat masa tu dan nangis sekuat-kuat hati. Manja kan?



Ammar tak boleh kalau berjauhan dengan mak dan ayah sebab rasa macam tak sempurna je hidup ni kalau berjauhan. Satu lagi Ammar rindu sangat dengan adik-adik Ammar tu. Lama dah tak cium dia. Hari ni Ammar nak balik kampung nak jumpa dia. Doakan Ammar selamat sampai ek. Assalamualaikum....

4 ulasan:

eqhaZIN berkata...

berhati-hati di jln raya :)

Suka Hati Saya La.. berkata...

selamat blk kg...

A.s.t.i.n.a berkata...

mesti mak masak sedap kan... (makanan adelah keutamaan)

MiSs F.A berkata...

smoga slamat smpai :)